Menurut seorang perternak ikan patin sangkar, memang harga untuk ikan patin buah dan ikan patin muncung mahal berbanding sangkar,dengan rasa yang berbeza malah lebih enak berbanding patin sangkar yang lebih hanyir dan berpasir.tambahan lagi ikan patin buah dan ikan patin muncung ini memang agak sukar untuk diperolehi kerana ianya agak licik dan aktif di malam hari.Kesilapan pengusaha kedai makan ini juga wajar dipersoalkan,kerana tiada tanda harga untuk ikan-ikan tersebut.Ikan patin buah seekor dalam RM25,tempoyak satu bekas RM5,daun kesum, garam, asam dan bahan-bahan lain RM5,upah membeli, siang dan masak RM10.Jumlah satu pinggan baru RM45.
Apapun semoga cerita ini menjadi iktibar buat kita semua,Jom kita masuk ke minda pengusaha kedai makan tersebut,mengapa jumlahnya terlalu mahal?ada pinggan atau mangkuk yang pecah ke?atau memang harga barang mahal ekoran harga minyak mahal?atau kena balik kepada asal jual beli didalam Islam?atau kena tukar kerajaan,barulah harga barang rendah?atau atau atauuuuuu?Wallahu a'lamu bissowab...
No comments:
Post a Comment