Wednesday, 13 April 2011

BN Sarawak Semakin 'Kecut Teloq'

Semakin hampir kepada hari pengundian 16 April 2011 (sabtu) BN semakin 'kecut telur,' bahkan ada yang mengatakan bukan sekadar kecut tapi terperosok ke 'dalam'.

Berbagai-bagai cara digunakan untuk mengalih pandangan rakyat supaya tidak nampak sinar kebaikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Terbaru media diarah tidak lagi menyiarkan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat kerana dengan kehadiran orang ramai yang menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan akan menerbitkan satu perasaan yang kagum kepada rakyat.


Masing-masing akan tertanya-tanya apa yang ada dalam ceramah tersebut sehingga memungkinkan kehadiran yang begitu ramai. Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan UMNO iaitu Media Prima mengatakan bahawa semua rangkaian television miliknya dilarang menyiarkan ceramah Pakatan yang berjaya menarik ribuan orang.

Nampak gaya selepas Pilihanraya Negeri Sarawak berakhir nanti Taib Mahmud terpaksalah membawa bini barunya berpindah ke rumah sendiri. Sudah lama  sangat Taib menghuni rumah rasmi kediaman Ketua Menteri.

Kepada rakyat Sarawak diingatkan sekali lagi supaya membuat pilihan yang bijak dengan memilih Pakatan Rakyat dan membungkus BN ke dalam kain buruk untuk dicampakkan ke Laut Cina Selatan.

No comments:

Post a Comment