Semalam Mat Sembab telah umumkan skim baru untuk guru-guru,aku dah agak ini semua adalah gula-gula pilihanraya sebab Mat Sembab nafikannya,cakap orang umno ni mana boleh percaya. Apa yang dinafi itulah hakikatnya.
Antara janji manis yang ditawarkan adalah;
- Kerajaan setuju tambah jawatan Gred Khas C sebanyak 100% melibatkan 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada
- Menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah Gred DG48 ke Gred DG52
- Semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah Gred DG44 dinaikan Gred DG48
- GPK Sekolah Rendah Kluster dinaikan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34
Aku ingatkan semua guru-guru dapat kenaikan gaji ke,setakat naik pangkat tapi gaji naik tak seberapa buat apa. Maklumlah bila naik pangkat kerja pun makin bertambah,tanggungjawab makin besar tapi gaji ciput.
Sebab tu ramai guru-guru yang buat macam-macam bisnes,MLM,jual burger,bawak teksi pun ada. Habis macam mana pelajaran murid-murid nak meningkat jika guru-guru sibuk buat benda lain.
Jangan ingat guru-guru ni bodoh dan boleh digula-gulakan,tunggu masa je mereka ni nak terjemahkan perasaan marah dan tidak puas hati mereka ke dalam peti undi pada PRU13 nanti,cuma segelintir sahaja guru-guru yang 'bengong' dan masih menyokong umno/bn.
No comments:
Post a Comment