Wednesday, 6 July 2011

Menteri KDN Derhaka Pada Agong



Memang menteri yang jaga KDN iaitu Hishamuddin haprak,kenapa aku berkata demikian. Pertama Najib sudah berjanji menyediakan stadium untuk kita berhimpun secara aman.  Kedua wakil gabungan 62 NGO yang menyokong BERSIH 2.0 sudah mengadap Yang DiPertuan Agong.

Jika Agong sanggup mencemar duli untuk menerima wakil BERSIH 2.0 mengadap maka sepatutnya permintaan wakil berkenaan dipenuhi,jangan bagi macam-macam alasan untuk terus menghalang perhimpunan tersebut.

Mungkin juga Hishamuddin berasa malu atau tercabar dengan Agong yang campur tangan dalam urusan politik negara. Sebelum ini Hisham beria-ria menegaskan yang BERSIH 2.0 ialah pertubuhan HARAM maka dengan tiba-tiba jadi HALAL dengan campurtangan Agong.

Nampak seperti Hisham ni macam nak lawan titah Agong,ada baiknya kita ramai-ramai buat laporan polis keatas menteri KDN kerana memerangi Agong.

Kita sudah bersedia untuk sahut cabaran Najib yang menyuruh kita memekik sampai pagi,jadi untuk membuktikan yang kamu ada 'pelir' maka sahutlah cabaran kami ini.

Cakap stadium mana yang boleh kami berhimpun untuk kami menyatakan bantahan kami ini kepada SPR supaya mewujudkan satu pilihanraya yang BERSIH dan ADIL.

Memang dah terbukti 2 ekor ni memang takdak 'pelir',dah la penakut,munafik pulak tu cakap tak serupa bikin.


APA PUN TAK BOLEH,APA PUN TAK BOLEH,APA PUN TAK BOLEH,APA PUN TAK BOLEH

Monday, 27 June 2011

Polis Pun Bangang

Nampaknya Najib dah habis idea apa lagi cara yang boleh digunakan untuk menghalang Perhimpunan Bersih 2.0,jalan terakhir ialah menggunakan pihak polis.

Yang terbaru Parti Sosialis Malaysia (PSM) didakwa cuba menghidupkan fahaman komunis,kahkahkah..woi dah tak ada isu lain ke,selepas menyerang Pengerusi Bersih,Ambiga dengan tuduhan memurtadkan melayu mereka mengunakan pula isu 'komunis'.


Tapi yang aku paling pelik polis pun dah 2X5 macam Najib,biarlah Najib sorang-sorang yang bodoh ini tidak polis pun nak jadi bodoh macam Najib,dah la aku malas lagi nak tulis sebab tak tahan gelak sampai nak terberak.

Sunday, 26 June 2011

Ayuh Jayakan Bersih 2.0

Dah lama aku tak menulis kerana kekangan masa,tiba-tiba hati jadi panas dengan apa yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Bermacam-macam ugutan dan tekanan yang diberikan oleh UMNO/BN supaya himpunan Bersih 2.0 ini gagal.

Guru-guru sudah diugut untuk ditahan gaji selama 4 bulan,8 orang telah ditangkap kerana memakai baju kuning bertulis Bersih. Apa kerajaan BN dah semakin gila,biarkan apa yang mereka nak lakukan kepada para penyokong Bersih 2.0. Setakat mana mereka mampu untuk menangkap dan menahan.

Kita tunggu seberani mana Pemuda UMNO dan sejantan mana PERKASA untuk menghalang kita. Kita berhimpun dengan niat yang baik untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetapi jika ada pihak yang hendak melakukan provokasi kita terpaksa bertindak untuk mempertahankan diri.

Kepada para penyokong yang akan turun berhimpun untuk menjayakan himpunan Bersih 2.0 aku nak ingatkan supaya kita janganlah kita gentar dengan segala ugutan atau ancaman. Kita jangan melakukan sebarang provokasi,berarak dengan aman untuk menunjukkan kekuatan kita. Jangan kita layan sebarang tindakan yang akan dilakukan oleh pemuda umno dan Perkasa selagi ia tidak membahayakan diri kita.




Semoga segala ancaman,ugutan,kecaman,kutukan yang ditujukan kepada kita tidak sedikit pun melemahkan semangat dan keazaman kita untuk menjayakan perhimpunan ini.

Sunday, 19 June 2011

Al-Fatihah Buat Zami Ismail (Pak Uda)

Pelawak veteran Zami Ismail 67 yang lebih di kenali sebagai 'Pak Uda',meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi di IJN berikutan kegagalan jantung.

Allahyarham yang dimasukan ke IJN sejak 2 minggu lalu dilaporkan tenat malam sabtu lalu dan hanya bergantung hidup dengan mesin bantuan perubatan.

Arwah adalah salah seorang orang kuat Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang aku faham berpangkat 'ayahanda',walaupun aku pernah hentam Pekida tapi secara peribadi aku hormat dengan Allahyarham.

Pak Uda yang popular dalam sitcom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' dan pernah berlakon dalam lebih 20 filem dan yang paling berkesan sebagai watak Ketua Kampung dalam filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah',termasuk dua lagi filem yang belum ditayangkan.

Semoga roh Allahyarham Zami Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah..

Tuesday, 14 June 2011

Haramkan PEKIDA

Kumpulan yang mengelarkan diri mereka Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah Islamiah (Pekida) masih menuntut permohonan maaf dari penerbit filem Kongsi, David Teo dan KL Gangster Datuk Yusuf Haslam.

Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Datuk Roslan Dahaman (kanan) berkata jika kedua-dua penerbit enggan memohon maaf mereka akan memanjangkan lagi perkara tersebut.

Ini kali kedua aku tulis pasal kumpulan ini yang kebanyakan ahlinya haprak,tengok nama sedap membela kebajikan Islam dan dakwah tapi diri sendiri tak terdakwah. Korang blh perhati berapa kerat jer ahlinya yang solat,itu belum bab puasa,zakat dan lain-lain.

Bukan setakat ahli sahaja yang haprak,dengan ayahanda,abang long,abang ngah pun 2x5 haprak. Kenapa kerajaan tak haramkan pertubuhan ini yang jelas melanggar undang-undang dengan mewujudkan undang-undang sendiri. Ada jugak aku tengok ayahanda pakai gelang tangan,tak tau hukum ke?

Apa kejadahnya jika hukum yang asas macam tu pun tak tau,belum tanya pasal hukum hudud dan sebagainya. Cuba pulak kita tengok berapa kerat ahli termasuk ayahanda yang berulang-alik ke masjid untuk solat,sepanjang aku kenal diaorang ni langsung tak ada bro,kadang-kadang solat jumaat pun tak pegi. Taik kucing betul, mengaku kumpulan Islam.

Silap sikit datang ramai-ramai nak belasah orang,wei ahli2 pekida kalau anak jantan nak bertumbuk satu lawan satu la. Kadang-kadang kita tengok kes pun yang remeh-temeh macam kes perempuan,macam ni ke kumpulan yang membela Islam?

Kalau betul nak bela Islam dan melayu sepatutnya mereka buat satu kumpulan perniagaan yang besar dengan membantu dari segi modal,tunjuk ajar dan sebagainya. Tengok macam pertubuhan orang cina,india dan mamak yang membantu sesama mereka.

Zaman sekarang bukan siapa kuat dia berkuasa tapi ekonomi siapa yang kuat dialah yang berkuasa,kalau Pekida masih lagi dengan cara gengster Kampung Dusun lebih baik dibubarkan sahaja kumpulan yang tidak memberi faedah langsung kepada agama dan bangsa ini dan ramai-ramai pakat masuk PAS macam Bob Lokman.

Monday, 13 June 2011

Papagomo Wajib Mengucap Kembali

papagomo


Bloger pro-umporno papagomo aku ingat kena diajar mengucap kembali,berdasarkan kepada tulisan terbarunya yang mempertikaikan hukum khazaf yang meminta 4 saksi. Untuk lebih faham boleh baca di sini.

Kalau mengikut pandangan para ulama' kata-kata yang macam itu sudah membatalkan syahadahnya,jadi papagomo harus bertaubat kerana mempertikaikan hukum Allah. Beliau mengeluarakan pendapat berdasarkan akal,sedangkan Islam ni tak boleh guna akal semata-mata. Kalau tidak kenapa Allah utuskan Nabi dan turunkan Al-Quran kerana hendak memberi petunjuk kepada kita.

Cara tulisannya seolah-olah mempersendakan hukum Allah supaya mendatangkan 4 saksi dalam kes zina kerana bukan PAS yang minta,bukan ulama' yang minta,bukan Nabi Muhammad yang minta tapi adalah syarat yang telah ditetapkan oleh Allah.

Adakah Allah tidak mengetahui bahawa meminta 4 saksi ini susah bukan sahaja pada zaman ini tetapi pada zaman Nabi pun susah nak cari 4 saksi. Hukum Allah ni sesuai untuk setiap zaman jadi jika mempertikaikan kewajaran meminta 4 saksi ini adalah juga mempertikaikan hukum Allah pada aku papagomo ni sudah terbatal syahadahnya.

Harus diingatkan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukan hukum ciptaan Tuan Guru Hadi Awang atau Tok Guru Nik Aziz. Ianya adalah hukum yang diturunkan oleh Allah,jika kita sebagai seorang yang mengaku sebagai orang Islam adalah tidak patut berbuat demikian samada dalam percakapan atau dalam tulisan.

Untuk lebih faham korang boleh dengar ceramah Ketua Penerangan PAS yang baru  Ust Tuan Ibrahim Tuan Man kat atas ni atau boleh rujuk kitab-kitab muktabar dan kalau malas jugak pegilah tanya ustaz-ustaz.

PAS Selesai Lantik Kabinet Penuh Parti



Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selesai melantik kabinet penuh parti itu lapor Harakahdaily.

Walaupun ada orang yang dilantik aku tak berapa berkenan tetapi sebagai ahli parti yang percaya kepada konsep musyawarah aku redha,kecewa tu memang kecewa kerana beberapa muka lama sepatutnya direhatkan kerana faktor usia dan sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

Sepatutnya orang lama seperti Mustafa Ali dan Abdul Halim jadi penasihat sahaja,biar orang muda yang banyak tenaga dan idea diberi peluang menyumbang jasa kepada parti.

Di bawah adalah senarai penuh kabinet PAS yang baru;

Presiden          :     Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tim. Presiden  :     Haji Mohamad Sabu
Naib Presuden  :   YB Salahuddin Ayub
                              YB Husam Musa
                              YB Mahfuz Omar
Setiausaha Agung : Hj Mustafa Ali
Bendahari           : Ust Abdul Halim Abdul Rahman
Ketua Penerangan: Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Peng. Pilihanraya  : YB Dr. Hatta Ramli
Ketua Dewan Ulama' : YB Ust Harun Taib
Ketua Dewan Pemuda : Ust Nasruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Muslimat : YB Siti Zaliah Mohd Yusuf
Penolong Setiausaha  : YB Takiyuddin Hassan
                                   YB Dr. Syed Azman
                                    Ahmad Sabki Yusuf
AJK PAS Pusat : Mazlan Aliman
                            YB Kamaruddin Jaafar
                            Hanipa Maidin
                            YB Dr. Dzulkefly Ahmad
                            YB Dr. Mujahid Yusof Rawa
                            YB Ir. Khalid Samad
                             Ust Abd Ghani Shamsuddin
                             Ir. Amiruddin Hamzah
                            YB Abd Wahid Endut
                            Ust Abu Bakar Chik
                            YB Ust Mohd Amar Abdullah
                            Dr Mahfodz Mohamed
                            YB Dr. Siti Mariah Mahmud
                            YB Dr. Hj Hassan Ali
                            Ust Abdul Ghani Abdul Rahman
                            YAB Ust Azizan Abdul Razak
                            Ustazah Nuridah Saleh
AJK dilantik :     YB Nasharuddin Mat Isa
                            Ust Idris Ahmad
                            Hj Asmuni Awi
                            HJ Anuar Tahir
                            YB Nizar Jamaluddin
                            Hj Zulkefly
                            Mohammad Omar
                            Abang Ahmad Kerdee Masagus
Pesuruhjaya PAS Negeri;
Terengganu : YB Abdul Wahid Endut (baru)
N.Sembilan : YB Mohd Taufek Abdul Ghani (baru)
Selangor     : YB Dr. Abd Rani Osman (baru)
Melaka      :  Adly Zahari (baru)
Sabah        :  Aminuddin Halim (baru)
Kelantan    :  YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Pahang      :  Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor        :  Dr. Mahfodz Mohamed
Perak       :  Ust Abu Bakar Husin
Kedah      : Ust Azizan Abdul Razak
P.Pinang   : Ust Salleh Man
Perlis        : Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan : Ust Mohd Nor Mohamad
Sarawak   : Ust Adam Ahid