Monday, 27 June 2011

Polis Pun Bangang

Nampaknya Najib dah habis idea apa lagi cara yang boleh digunakan untuk menghalang Perhimpunan Bersih 2.0,jalan terakhir ialah menggunakan pihak polis.

Yang terbaru Parti Sosialis Malaysia (PSM) didakwa cuba menghidupkan fahaman komunis,kahkahkah..woi dah tak ada isu lain ke,selepas menyerang Pengerusi Bersih,Ambiga dengan tuduhan memurtadkan melayu mereka mengunakan pula isu 'komunis'.


Tapi yang aku paling pelik polis pun dah 2X5 macam Najib,biarlah Najib sorang-sorang yang bodoh ini tidak polis pun nak jadi bodoh macam Najib,dah la aku malas lagi nak tulis sebab tak tahan gelak sampai nak terberak.

Sunday, 26 June 2011

Ayuh Jayakan Bersih 2.0

Dah lama aku tak menulis kerana kekangan masa,tiba-tiba hati jadi panas dengan apa yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Bermacam-macam ugutan dan tekanan yang diberikan oleh UMNO/BN supaya himpunan Bersih 2.0 ini gagal.

Guru-guru sudah diugut untuk ditahan gaji selama 4 bulan,8 orang telah ditangkap kerana memakai baju kuning bertulis Bersih. Apa kerajaan BN dah semakin gila,biarkan apa yang mereka nak lakukan kepada para penyokong Bersih 2.0. Setakat mana mereka mampu untuk menangkap dan menahan.

Kita tunggu seberani mana Pemuda UMNO dan sejantan mana PERKASA untuk menghalang kita. Kita berhimpun dengan niat yang baik untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetapi jika ada pihak yang hendak melakukan provokasi kita terpaksa bertindak untuk mempertahankan diri.

Kepada para penyokong yang akan turun berhimpun untuk menjayakan himpunan Bersih 2.0 aku nak ingatkan supaya kita janganlah kita gentar dengan segala ugutan atau ancaman. Kita jangan melakukan sebarang provokasi,berarak dengan aman untuk menunjukkan kekuatan kita. Jangan kita layan sebarang tindakan yang akan dilakukan oleh pemuda umno dan Perkasa selagi ia tidak membahayakan diri kita.




Semoga segala ancaman,ugutan,kecaman,kutukan yang ditujukan kepada kita tidak sedikit pun melemahkan semangat dan keazaman kita untuk menjayakan perhimpunan ini.

Sunday, 19 June 2011

Al-Fatihah Buat Zami Ismail (Pak Uda)

Pelawak veteran Zami Ismail 67 yang lebih di kenali sebagai 'Pak Uda',meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi di IJN berikutan kegagalan jantung.

Allahyarham yang dimasukan ke IJN sejak 2 minggu lalu dilaporkan tenat malam sabtu lalu dan hanya bergantung hidup dengan mesin bantuan perubatan.

Arwah adalah salah seorang orang kuat Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang aku faham berpangkat 'ayahanda',walaupun aku pernah hentam Pekida tapi secara peribadi aku hormat dengan Allahyarham.

Pak Uda yang popular dalam sitcom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' dan pernah berlakon dalam lebih 20 filem dan yang paling berkesan sebagai watak Ketua Kampung dalam filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah',termasuk dua lagi filem yang belum ditayangkan.

Semoga roh Allahyarham Zami Ismail dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah..

Tuesday, 14 June 2011

Haramkan PEKIDA

Kumpulan yang mengelarkan diri mereka Pertubuhan Kebajikan Islam Dan Dakwah Islamiah (Pekida) masih menuntut permohonan maaf dari penerbit filem Kongsi, David Teo dan KL Gangster Datuk Yusuf Haslam.

Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Datuk Roslan Dahaman (kanan) berkata jika kedua-dua penerbit enggan memohon maaf mereka akan memanjangkan lagi perkara tersebut.

Ini kali kedua aku tulis pasal kumpulan ini yang kebanyakan ahlinya haprak,tengok nama sedap membela kebajikan Islam dan dakwah tapi diri sendiri tak terdakwah. Korang blh perhati berapa kerat jer ahlinya yang solat,itu belum bab puasa,zakat dan lain-lain.

Bukan setakat ahli sahaja yang haprak,dengan ayahanda,abang long,abang ngah pun 2x5 haprak. Kenapa kerajaan tak haramkan pertubuhan ini yang jelas melanggar undang-undang dengan mewujudkan undang-undang sendiri. Ada jugak aku tengok ayahanda pakai gelang tangan,tak tau hukum ke?

Apa kejadahnya jika hukum yang asas macam tu pun tak tau,belum tanya pasal hukum hudud dan sebagainya. Cuba pulak kita tengok berapa kerat ahli termasuk ayahanda yang berulang-alik ke masjid untuk solat,sepanjang aku kenal diaorang ni langsung tak ada bro,kadang-kadang solat jumaat pun tak pegi. Taik kucing betul, mengaku kumpulan Islam.

Silap sikit datang ramai-ramai nak belasah orang,wei ahli2 pekida kalau anak jantan nak bertumbuk satu lawan satu la. Kadang-kadang kita tengok kes pun yang remeh-temeh macam kes perempuan,macam ni ke kumpulan yang membela Islam?

Kalau betul nak bela Islam dan melayu sepatutnya mereka buat satu kumpulan perniagaan yang besar dengan membantu dari segi modal,tunjuk ajar dan sebagainya. Tengok macam pertubuhan orang cina,india dan mamak yang membantu sesama mereka.

Zaman sekarang bukan siapa kuat dia berkuasa tapi ekonomi siapa yang kuat dialah yang berkuasa,kalau Pekida masih lagi dengan cara gengster Kampung Dusun lebih baik dibubarkan sahaja kumpulan yang tidak memberi faedah langsung kepada agama dan bangsa ini dan ramai-ramai pakat masuk PAS macam Bob Lokman.

Monday, 13 June 2011

Papagomo Wajib Mengucap Kembali

papagomo


Bloger pro-umporno papagomo aku ingat kena diajar mengucap kembali,berdasarkan kepada tulisan terbarunya yang mempertikaikan hukum khazaf yang meminta 4 saksi. Untuk lebih faham boleh baca di sini.

Kalau mengikut pandangan para ulama' kata-kata yang macam itu sudah membatalkan syahadahnya,jadi papagomo harus bertaubat kerana mempertikaikan hukum Allah. Beliau mengeluarakan pendapat berdasarkan akal,sedangkan Islam ni tak boleh guna akal semata-mata. Kalau tidak kenapa Allah utuskan Nabi dan turunkan Al-Quran kerana hendak memberi petunjuk kepada kita.

Cara tulisannya seolah-olah mempersendakan hukum Allah supaya mendatangkan 4 saksi dalam kes zina kerana bukan PAS yang minta,bukan ulama' yang minta,bukan Nabi Muhammad yang minta tapi adalah syarat yang telah ditetapkan oleh Allah.

Adakah Allah tidak mengetahui bahawa meminta 4 saksi ini susah bukan sahaja pada zaman ini tetapi pada zaman Nabi pun susah nak cari 4 saksi. Hukum Allah ni sesuai untuk setiap zaman jadi jika mempertikaikan kewajaran meminta 4 saksi ini adalah juga mempertikaikan hukum Allah pada aku papagomo ni sudah terbatal syahadahnya.

Harus diingatkan bahawa hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukan hukum ciptaan Tuan Guru Hadi Awang atau Tok Guru Nik Aziz. Ianya adalah hukum yang diturunkan oleh Allah,jika kita sebagai seorang yang mengaku sebagai orang Islam adalah tidak patut berbuat demikian samada dalam percakapan atau dalam tulisan.

Untuk lebih faham korang boleh dengar ceramah Ketua Penerangan PAS yang baru  Ust Tuan Ibrahim Tuan Man kat atas ni atau boleh rujuk kitab-kitab muktabar dan kalau malas jugak pegilah tanya ustaz-ustaz.

PAS Selesai Lantik Kabinet Penuh Parti



Mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selesai melantik kabinet penuh parti itu lapor Harakahdaily.

Walaupun ada orang yang dilantik aku tak berapa berkenan tetapi sebagai ahli parti yang percaya kepada konsep musyawarah aku redha,kecewa tu memang kecewa kerana beberapa muka lama sepatutnya direhatkan kerana faktor usia dan sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

Sepatutnya orang lama seperti Mustafa Ali dan Abdul Halim jadi penasihat sahaja,biar orang muda yang banyak tenaga dan idea diberi peluang menyumbang jasa kepada parti.

Di bawah adalah senarai penuh kabinet PAS yang baru;

Presiden          :     Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tim. Presiden  :     Haji Mohamad Sabu
Naib Presuden  :   YB Salahuddin Ayub
                              YB Husam Musa
                              YB Mahfuz Omar
Setiausaha Agung : Hj Mustafa Ali
Bendahari           : Ust Abdul Halim Abdul Rahman
Ketua Penerangan: Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Peng. Pilihanraya  : YB Dr. Hatta Ramli
Ketua Dewan Ulama' : YB Ust Harun Taib
Ketua Dewan Pemuda : Ust Nasruddin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Muslimat : YB Siti Zaliah Mohd Yusuf
Penolong Setiausaha  : YB Takiyuddin Hassan
                                   YB Dr. Syed Azman
                                    Ahmad Sabki Yusuf
AJK PAS Pusat : Mazlan Aliman
                            YB Kamaruddin Jaafar
                            Hanipa Maidin
                            YB Dr. Dzulkefly Ahmad
                            YB Dr. Mujahid Yusof Rawa
                            YB Ir. Khalid Samad
                             Ust Abd Ghani Shamsuddin
                             Ir. Amiruddin Hamzah
                            YB Abd Wahid Endut
                            Ust Abu Bakar Chik
                            YB Ust Mohd Amar Abdullah
                            Dr Mahfodz Mohamed
                            YB Dr. Siti Mariah Mahmud
                            YB Dr. Hj Hassan Ali
                            Ust Abdul Ghani Abdul Rahman
                            YAB Ust Azizan Abdul Razak
                            Ustazah Nuridah Saleh
AJK dilantik :     YB Nasharuddin Mat Isa
                            Ust Idris Ahmad
                            Hj Asmuni Awi
                            HJ Anuar Tahir
                            YB Nizar Jamaluddin
                            Hj Zulkefly
                            Mohammad Omar
                            Abang Ahmad Kerdee Masagus
Pesuruhjaya PAS Negeri;
Terengganu : YB Abdul Wahid Endut (baru)
N.Sembilan : YB Mohd Taufek Abdul Ghani (baru)
Selangor     : YB Dr. Abd Rani Osman (baru)
Melaka      :  Adly Zahari (baru)
Sabah        :  Aminuddin Halim (baru)
Kelantan    :  YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Pahang      :  Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor        :  Dr. Mahfodz Mohamed
Perak       :  Ust Abu Bakar Husin
Kedah      : Ust Azizan Abdul Razak
P.Pinang   : Ust Salleh Man
Perlis        : Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan : Ust Mohd Nor Mohamad
Sarawak   : Ust Adam Ahid

 

Sunday, 12 June 2011

Terangganu Juara Piala FA


Tahniah kepada pasukan Terengganu yang menjadi juara Piala FA berkat kesabaran dan tidak mengenal erti jemu berjuang hingga minit-minit akhir.

Kepada pasukan Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan akibat leka kerana bayangan Piala FA sudah di depan mata tetapi harapan menjulangnya berkecai.

Para penyokong Kelantan yang pergi mengibar bendera Red Warrior terpaksa menyimpannya semasa dalam perjalanan pulang nanti setelah dikecewakan oleh Terengganu.

Permainan kedua-dua pasukan adalah seimbang dengan masing-masing melancarkan serangan sehingga Kelantan mendahului dengan 1 gol sehingga minit terakhir separuh masa kedua sebelum Daudsu menjaringkan gol sendiri semasa kelam-kabut di depan pintu gol.

Apa pun permainan yang di tunjukkan oleh kedua-dua pasukan bertenaga dan menghiburkan kecuali 20 minit pertama kerana masing-masing bermain dengan berhati-hati.













Sekali lagi tahniah kepada pasukan Terengganu dan aku sendiri bangga dengan Kelantan kerana bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun terdapat kesilapan yang dilakukan tetapi itu adat bertanding.

Friday, 10 June 2011

UMNO Tauke Filem Lucah

Belum reda isu video seks mirip Anwar,timbul pula video seks Mat Sabu,apa umno ni tak ada kerja lain selain menyebarkan video seks.

Umno tak usah nak menafikan bahawa mereka tidak terlibat dalam isu ini kerana Anwar dan Mat Sabu tidak mempunyai musuh selain daripada umno.

Dah sah yang buat kerja menjatuhkan mereka ini adalah didalangi oleh umno,nak cari isu rasuah dan salahguna kuasa tak ada. Balik-balik kes yang membabitkan seks,maklumlah orang melayu terutama di kampung-kampung memang mudah terpengaruh dengan berita yang macam ni.

Ahli Parlimen Ampang,Zuraida Kamaruddin (kanan)membuat laporan polis di IPD Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya kononya dikeluarkan oleh PAS.


Umno sebenarnya takut bila Mat Sabu menang jawatan Tim. Presiden PAS dan merangka berbagai-bagai rancangan untuk menjatuhkan beliau.

Lepas ni tak taula video seks siapa lagi yang akan dikeluarkan oleh umno,Najib macam terdesak sangat sampai sanggup guna isu-isu sampah ini sebagai senjata untuk mengekalkan pemerintahannya.

PEKIDA Nak Saman Syamsul Dan Farid Kamil?

Nak tergelak pun ada bila baca kenyataan Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan Shikin Begum bahawa filem Kongsi dan KL Gangster melampau kerana menggunakan kata kunci dan kod rahsia pertubuhan berkenaan.

Apa Pekida saja yang boleh mengunakan perkataan abang long dan ayahanda,abis kalau aku nak panggil ayah aku dengan pangilan ayahanda dan abang sulong aku dengan panggilan abang long kena bayar royalti pada Pekida dulu ke?

Wei...korang ni perasan la,tapi siapa yang makan cili dialah yang merasa pedas. Sebabnya pada aku pertubuhan tersebut di tubuhkan dengan tujuan untuk membantu,merapatkan hubungan,meyebarkan dakwah dan berbagai-bagai lagi perkara yang baik-baik bersesuaian dengan moto pertubuhan tersebut Amar Makruf Nahi Mungkar.


Ini tidak,kebanyakan ahli-ahlinya aku tengok langsung tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang islam. Pakai rantai,gelang tangan,bersubang,minum arak dan bermacam-macam kerja mungkar. Aku nak suruh ayahanda tanya anak-anak mereka tak kisahlah along ke,angah ke, cukup ke solat 5 waktu mereka? Kebanyakannya hampeh..aku tau sebab ramai kawan-kawan aku ahli Pekida.

Satu lagi yang aku tak berkenan sangat dengan Pekida ni ialah sikap mereka apabila sudah jadi ahli mula berlagak macam samseng. Mentang-mentang ramai geng mulalah tunjuk hero,kalau anak jantan nak bergaduh sorang-sorangla,pukul ramai-ramai gajah pun boleh mati.

Samseng pulak tu dengan orang melayu je,dengan cina dan india pulak takut macam tak ada telur. Ini ke sebuah pertubuhan yang kata nak membela melayu.



Aku harap Pekida betulkan balik dasar perjuangan,pilih ahli-ahli yang betul-betul nak perjuangkan Islam,baru orang hormat,ada juga aku tengok ayahanda pun tak solat.

Thursday, 9 June 2011

Untung Meningkat Tapi Subsidi Dipotong

Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM90.49 bilion meningkat 34.5% daripada RM67.3 bilion yang dicatatkan tahun lalu.

Presiden dan ketua pegawai eksekutifnya Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata,prestasi memberangsangkan itu disumbangkan oleh kenaikan harga dan peningkatan jumlah dagangan bagi produknya.

Haaa,kan betul seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim bahawa kenaikan harga komoditi tersebut sebenarnya membawa keuntungan kepada Petronas,jadi jika alasan mengurangkan subsidi adalah untuk mengurangkan kos yang ditanggung oleh kerajaan adalah cerita bohong semata-mata.

Jika Petronas mencatatkan keuntungan maka kerajaan mestilah juga untung kerana Petronas adalah milik kerajaan,tak tau la pulak jika Najib ni mengaku yang Petronas ni mak bapak dia punya. Bila banyak subsidi yang diberi kepada rakyat maka kuranglah sikit duit yang boleh dirompak.

Apa kau tu memerintah sebab nak cari untung atau nak buat amal,pemimpin yang baik,amanah,zuhud dan warak tak akan buat macam si Najib ni sebab menjadi pemimpin ni bukan setakat kerja tapi amanah yang perlu dutunaikan. Bukannya memimpin untuk mengkayakan anak-beranak dan kroni seperti kebanyakan pemimpin umno.

Wednesday, 8 June 2011

Setan-Setan UMNO Mula Buat Kerja Sebagai Setan

Selepas menyebarkan video seks mirip Ketua Pembangkang di kampung-kampung melayu,cina dan india di Selangor,setan-setan umno mengiatkan usaha menyebarkan klip video tersebut ke Terengganu pula.

Adatlah setan memang kerja dia buat benda jahat,rompak duit rakyat,makan rasuah dan macam-macam lagi kerja jahat termasuklah menyebarkan fitnah. Apa nak hairan memang dah dasar setan macam tulah perangainya.
Juak-juak setan ni mestilah diarahkan oleh bapak setan.

Takkanlah juak-juak setan ni berani kalau tidak menerima arahan dari bapak setan,sebab bapak setan ni dah bagi jaminan bahawa kerja-kerja yang akan dijalankan nanti takkan diganggu oleh polis. Rupa-rupanya polis pun takut dengan bapak setan.

Bapak setan ni tahu bahawa klip video tersebut tak laku di bandar-bandar maka diedarkan pula klip tersebut di kampung supaya orang kampung yang bodoh percaya bulat-bulat. Orang kampung yang tak percaya pada video tersebut mestilah penyokong Pakatan Rakyat sebab mereka cerdik.

Yang paling aku hairan tak ada pula tindakan yang dilakukan oleh pihak polis,kalaulah puak pembangkang yang sebarkan video tersebut gamaknya tak cukup tanah lari dikejar oleh polis.


Apa polis pun subahat ke dalam perkara ini,wallahualam hanya Allah yang mengetahui.

Monday, 6 June 2011

UMNO Semakin Gila Meroyan

Walaupun Muktamar PAS kali ke-57 sudah berakhir dan pucuk pimpinan yang baru sudah dipilih tapi puak-puak umporno masih lagi tak puas hati dengan pemimpin yang dipilih oleh ahli PAS,diaorang ingat PAS ni mak bapak diaorang punya.

Suka hati kita orang lah nak pilih siapa pun yang akan menjadi pemimpin kita,korang peduli apa. Apatah lagi bila Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang menang jawatan Tim. Presiden,lagi la gila meroyan puak-puak ni bila Mat Sabu yang jadi Tim. Presiden.


Tak ada la can mereka nak mainkan lagi isu kerajaan perpaduan,kerjasama melayu dan macam-macam lagi isu yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian Pakatan Rakyat. Sebab tu mereka ni semakin meroyan kerana pemimpin-pemimpin yang dipilih ini boleh mengkucar-kacirkan umno.

Semenjak bila pulak mereka ni prihatin dengan PAS sampai risau dengan kekalahan ulama' dalam PAS,tapi sebenarnya umporno ni risau jika orang-orang profesional dalam PAS yang menang dan memegang jawatan.

Sebenarnya tak ada masalah ulama' atau profesional yang pegang jawatan yang penting apa dasar kita,semua sudah maklum dasar PAS ialah Al-Quran dan Hadis,jadi tak kira siapa pun yang pegang jawatan yang penting dasar kita tetap sama.

Tahniah kepada pimpinan yang menang dalam pemilihan kali ini semoga anda semua dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh ahli-ahli.

Secara peribadi walaupun akau menyokong Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menjadi timbalan presiden tapi kemenangan Mat Sabu adalah lebih baik.