Saturday, 30 April 2011

Najib Minta PAS Keluar Pakatan

Kelakar ada sedih pun ada bila dengar Najib meminta supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR),apa dah tak ada isu lain dah ke sampai duk ulang isu ni beberapa kali. Apa dah gila talak ke umno ni?

Najib berkata demikian semasa berucap di majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Bahagia dekat Kuala Terengganu. Najib berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP kerana parti itu tidak pernah membela islam. Apa punya bengong Najib ni,memanglah DAP tidak pernah membela islam tapi DAP lebih faham islam berbanding parti komponen BN yang lain macam MCA,MIC,Gerakan.

Apakah parti komponen BN tersebut membela islam? Sebenarnya Najib ni saja mencipta satu-satu isu untuk mengkucar-kacirkan PR,setelah isu video seks ketua pembangkang tidak mendapat respon yang baik oleh rakyat maka beliau kena cipta isu lain selepas PRN Sarawak yang walaupun BN menang majoriti 2/3 tapi pola pengundian membimbangkan Najib.

Isu kerajaan perpaduan ini sudah banyak kali ditimbulkan supaya muncul polemik diantara parti dalam PR. Beliau juga memberikan jaminan bahawa masa depan Malaysia lebih terjamin jika PAS bersama umno. Kepada para pemimpin PR amnya serta pimpinan PAS khususnya tak usah dilayan ajakan atau pelawaan si Najib ni. Beliau beranggapan bahawa hanya umno dan BN saja yang pandai memerintah.

Aku rasa Najib ni tengah cari kekuatan baru selepas PRN Sarawak,beliau masih belum mendapat ilham bila nak adakan PRU13,cara yang paling baik adalah mempelawa PAS. Takut nanti bila dah bubar parlimen isu yang dimainkan Datuk T tak menjadi maka tak adalah peluang baginya nak jadi PM untuk penggal ke 2.


Apa yang penting bagi kita para pendokong PR adalah menumbangkan Najib dan BN serta Rosmah,takbir..

Friday, 29 April 2011

Lagi Drama "SUMPAH LAKNAT' Akan Dipentaskan

Malam tadi semasa menunggu 'order' makanan di kedai untuk dibawa balik kepada zaujah dan anak-anak aku tertengok Buletin Utama TV3 yang dah lama aku tak tengok.

Berita utama tak ada berita lain dah,mesti citer pasal video lucah. Kali ni Datuk Shazryl Eskay pulak yang akan melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul. Beliau bermati-matian mengatakan bahawa beliau betul-betul pasti bahawa orang yang terlibat adalah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau juga ada dalam klip video tersebut.

Yang aku pelik dulu beliau mengatakan bahawa beliau terjumpa perakam video tiba-tiba mengatakan pula beliau juga berada dalam klip video tersebut. Eh!! yang mana satu betul ni kejap terjumpa kejap ada dalam klip video. Bila jam Omega yang didakwa milik Anwar rupa-rupanya jam yang dibeli di Taiwan 'Datuk Taik' ni cari helah lain pula nak kelabukan mata rakyat.

Bagaimanapun masih belum pasti 2 lagi anggota Datuk T ini iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim juga akan melakukan sumpah laknat,bila diasak oleh wartawan Rahim mengatakan "Eskay (bersumpah) wakili semualah". Boleh main wakil-wakil la pulak,boleh ke bersumpah ni pakai wakil?

Kita tunggu selepas solat jumaat ni samada 2 orang lagi 'Datuk Taik' ni akan bersumpah atau tidak? Kita tak tau siapa 'pengarah' drama sumpah laknat ni tapi aku dah agak mesti 'pengarah' yang sama dengan drama sumpah laknat Saiful Bukhari. Skrip pun aku agak oleh 'penulis skrip' yang sama dan mungkin oleh 'syarikat produksi' yang sama akan mementaskan drama ini.

Biarlah mereka nak bersumpah berapa ribu kali pun kerana pada mereka sumpah yang dilakukan tak akan mendatangkan kesan apa pun. Kerana mereka bukan orang yang beriman,kenapa aku berani mengatakan mereka tidak beriman kerana orang yang beriman tak akan mendedahkan aib orang lain dan tak semestinya orang islam itu beriman.

'Produser' drama ini sebenarnya takut kerana isu video lucah ini lansung tidak memberi kesan dalam PRN Sarawak baru-baru ini,malah BN hilang lagi 8 kerusi. Bebab tu untuk meyakinkan rakyat maka 'scene' sumpah ni terpaksa diadakan walaupun dalam skrip asal benda ni tak ada tetapi terpaksa diadakan untuk memberikan satu rasa 'suspen' kepada penonton.

Aku harap korang nilai sendirilah isu ini,kalau tak boleh nilai korang tanyalah ulama' termasuk ulama' muda umno sendiri yang tidak setuju dengan isu ini.

Tuesday, 26 April 2011

1Melayu 1Bumi bercanggah dengan 1Malaysia?

Lagi percanggahan antara Orang besar dalam Malaysia ini Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Perdana Menteri (PM) yang mana sebelum ini adalah kali kedua Muhyiddin menentang konsep 1Malaysia Najib – dengan kali pertamanya beliau mengakui di tempat awam bahawa beliau “seorang Melayu dulu, Malaysia kedua” bulan Mac yang lepas.Kali ini ditambah lagi dengan menyokong konsep 1Melayu, 1Bumi laungan Utusan Malaysia yang jauh menyimpang daripada konsep 1Malaysia ilham Perdana Menteri (PM)?

Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang,” kata Muhyiddin yang dipetik The Malaysian Insider.Kenyataan Muhyiddin kelihatan cukup bertentangan dengan kenyataan PM Najib yang semalamnya menyatakan bahawa seruan 1Melayu, 1Bumi oleh Utusan Malaysia hanyalah satu cadangan peribadi yang tidak perlu diendahkan.Perbezaan ini menunjukkan kejanggalan antara kedua pemimpin terbesar ini dan membawa kepada impak yang besar kepada followers yang tak tahu kemana arah?followers janji dapat duit untuk kepentingan masing-masing,mereka apa kisah 1melayu ker 2melayu ker 1Malaysia ker janji followers dapat apa mereka mahu.

Yang paling menyedihkan ada segelintir followers yang sanggup mencantaskan abang-abang senior dalam UMporNO kerana terlalu lama memegang jawatan terpenting dalam partai,tidak kira di cawangan mahupun bahagian,bagi followers yang muda sanggup menyambung pendidikan supaya suara mereka didengari dan seterusnya memenangi jawatan yang tertinggi dalam UmporNo seterusnya mendapat projek-projek untuk poket siapa?mereka dan kroni mereka.Editor ada berborak kosong tak berilmiah langsung (dengan followers UMporNo ni tak pernah sembang berilmiah pun..masyaAllah)rata-rata pemudanya mahukan jawatan,mereka bertekad untuk PRU akan datang mereka mahu bertanding,untuk yang sudah senior dalam UmporNo mereka harap bagilah peluang untuk mereka makan duit rakyat pulak,macam tu ker?Situasi ini jauh sekali dengan Parti yang mendukung Islam (PAS),tiada perebutan kuasa didalam menentukan siapakah yang layak memimpin,malah suatu jawatan itu adalah amanah yang perlu dilakukan andainya dipilih kelak.
takder la cerita lain asyik melagakan kaum jer
Sokongan Muhyiddin kepada seruan 1Melayu, 1Bumi Utusan ialah kali kedua Muhyiddin  mengingkar Najib dan mencabar kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang sah.Adakah Najib berani untuk menegur Muhyiddin dan menyuruhnya untuk menyokong konsep 1Malaysia?Adakah kabinet Barisan Nasional sudah bersedia untuk meleraikan perbezaan antara Najib dan Muhyiddin Rabu ini, atau semua anggota kabinet dari Umno, MCA, MIC, Gerakan, SUPP dan komponen parti Sabah dan Sarawak tunduk kepala dengan menganggap tiada persengketaan antara Najib dan Muhyiddin – antara 1Malaysia dan 1Melayu?”.

Sehingga kini, 4 pemimpin Umno, Dr. Ahmad Puad Zarkashi, Datuk Seri Ahmad Zahidi, Datuk Seri Rais Yatim termasuk Muhyiddin telah menyelar MCA yang menyuruh untuk memulaukan Utusan dengan mendakwa konsep '1Melayu, 1Bumi' yang diilhamkan akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.
Nampaknya TPM kita sangat yakin yang beliau akan memegang jawatan PM pula selepas ini, maka propaganda kenalah disiapkan awal-awal,tapi Muhyidin ternampak kekontangan idea dalam membuat propaganda,macam celup idea Najib,cubalah buat lain pada yang lain atau nak editor berikan contoh?kalau editor berikan contoh maka editorlah sepatutnya jadi PM,amacam boleh?TAKBIIIIIRRRR!!!!

Sunday, 24 April 2011

AC Mizal Sertai UMNO

Aku langsung tak heran bila AC Mizal dan bininya menghantar borang menyertai UMNO,katanya dia pernah ditawarkan menyertai parti pembangkang dengan dijanjikan jawatan tinggi.

Jadi Bob Lokman yang masuk PAS sekarang dah ada jawatanlah kalau macam tu,sudahlah AC tak payah duk bohongla. Sejak bisnes gelangnya tak menjadi dengar kata dah nak lingkup tiba-tiba isi borang UMNO. AC menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Bahagian Ipoh Barat,Datuk Shamsuddin Ghafar.

Pakatan Rakyat sedikit pun tak terliur nak mempelawa kamu untuk menyertai mereka,orang macam kamu tu boleh menjadi beban kepada parti saja. Mungkin selepas ni AC boleh lobi projek dengan kerajaan sebab bisnes gelang di tu dah terbongkar,beli gelang berapa puluh ringgit kat China jual sampai beribu ringgit.

Aku tak taula parti mana dalam pakatan yang tawar AC,PAS memang aku rasa tak minat dengan mamat ni. Rambut pun 'kaler' nak jadi ahli PAS,ceh pegidahh. Buang karan la layan mangkuk hayun ni,aurat bini tak tau nak jaga nak cerita pasal perjuangan. Elok sangatlah kau masuk UMNO yang memang terkenal dengan kerosakan moral pemimpinnya.

Selepas ni bolehlah AC tipu pulak orang-orang UMNO supaya pakat beli gelang magnetnya,biar semua orang tak kira jantan betina pakai gelang magnet. Bini AC pulak lepas ni boleh tanding jadi ketua puteri ganti ketua puteri sekarang yang tak macam puteri tapi macam tong drum.

Nikah Di Mekah,'Trend' Artis Masa Kini

Sekarang sudah menjadi satu 'trend' kepada para artis kita untuk melansungkan pernikahan di Mekah. Tebaru pelakon drama bersiri 'Ustaz Amirul' Ashraf Muslim 30 akan menamatkan zaman bujangnya bersama Noor Dayana Lokman 24, dengan memilih Masjidil Haram sebagai lokasi pernikahannya pada 1 syawal nanti.

Sebelum ini pelakon Umi Aida juga memilih Mekah untuk bernikah,tidak menjadi kesalahan untuk melansungkan pernikahan di mana saja pun hatta nak bernikah di angkasa lepas terpulang kepada individu masing-masing. Tapi yang menjadi masalah ialah selepas pulang daripada Mekah perangai masih sama masih melakukan dosa dengan mendedahkan aurat macam kes Umi Aida yang kita sedia maklum sebelum ini.

Mungkin sejak memegang watak sebagai 'Ustaz Amirul' kini Ashraf kini nampaknya semakin mendekati ajaran Islam,semoga beliau sentiasa 'istiqamah' dalam memperjuangkan Islam. Jangan jadi macam sesetengah artis bila balik dari mengerjakan haji pun masih tergedik-gedik,dedah aurat,bersentuhan dengan bukan mahram. Ke Mekah bukan main sampai sebulan bulan Ramadhan berada di sana tapi balik duk macam tu juga macam Siti Nurhaliza yang duk tayang jambul dan berbaju ketat.

Apakah mereka ini ke Mekah untuk beribadat dan bertaubat atau sekadar makan angin sebab mereka ni mampu. Kalau nak dibandingkan dengan Abu Lahab yang bukan setakat nikah tapi lahir dan mati pun di Mekah,memang kita kalah. Tapi Allah tak pandang semua itu,yang Allah pandang ialah iman seseorang. Tak salah nak nikah di Mekah tapi biarlah ikhlas bukan sebab nak menunjuk-nunjuk.

Kepada artis-artis yang nak ke Mekah untuk umrah atau haji,biarlah bila balik nanti kita boleh menjadi contoh kepada artis lain dan para peminat. Sebaik mungkin sebelum ke Mekah belajar dulu bab agama supaya kita faham hukum-hakam,apa yang boleh dan apa yang tidak baru kita tahu tanggungjawab sebagai muslim sebenar.

Raja Petra tawa dalam tangisan

Raja Petra Kamarudin, pengendali laman Malaysia Today yang dikenali sebagai orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan terbaharu apabila menafikan yang beliau menuduh perdana menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Beliau membuat kenyataan itu dalam satu wawancara eksklusif dengan media pro-UMporNO, TV3 di Australia.
Raja Petra mengatakan tindakan beliau membuat kenyataan yang mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibuat selepas didesak dan dipengaruhi individu-individu yang rapat dengan Anwar.
Kenyataan Raja Petra dalam Akuan Bersumpah yang dibuat pada Jun 2008 itu mencetuskan kejutan dalam politik negara dan meletakkan Najib dan Rosmah dalam kedudukan sangat defensif. Kenyataan itu juga diterima ramai sebagai pengesahan bahawa Rosmah terlibat dalam pembunuhan model dari Mongolia itu.

Raja Petra kemudian melarikan diri dan keluar negara selepas waran tangkap ke atasnya dikeluarkan pada Mei 2009. Beliau kemudian didedahkan berada di London, England.
Raja Petra juga terlibat dalam kumpulan politik dan sosial Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia, MCLM, yang dilihat bakal mencabar dan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

rupanya ada tangisan yang kita tidak tahu
Tindakan Raja Petra yang menegatifkan Anwar ini bakal memburukkan lagi hubungan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat dengan MCLM yang muncul sebagai kuasa ketiga itu. Penghujung tahun lalu, beberapa kenyataan Raja Petra dilihat banyak pihak sebagai usahanya berbaik dengan Najib. Namun mungkin tidak ramai yang tahu Raja Petra mempunyai seorang anak lelaki yang bekerja diluar Negara dan kini ditangkap dan ditahan didalam lokap atas kesalahan yang editor tidak boleh sebutkan disini.Menurut sumber yang boleh dipercayai anak Raja Petra di tumbuk,di tendang sewenang dan sesenangnya malah disuruhnya menelannya pisau belit dan ditumbuk perutnya berkali-kali.Kemudian Pihak Polis menghubungi Raja Petra bahawa perkara yang lebih buruk akan berlaku terhadap anaknya seandainya beliau terus menghentam kerajaan melalui blognya,terutama dalam kes berprofil tinggi Altantuya Sharibuu oleh pihak polis atas arahan dari kerajaan Malaysia.

Sekarang Raja Petra seolah-olah dikunci mulutnya,diatur skripnya dan dilihat sudah neutral atau kemungkinan sudah bias kepada kerajaan UMporNo.Segala sumber ini ada ditulis didalam sebuah akhbar yang sudah dua kali ditarik hak penerbitannya namun atas dasar keadilan dan benar pihaknya masih menulis cerita yang menghentam perkara yang busuk dan memuji perkara yang wangi.Maka benarlah kenyataan seorang pemerhati poltiknya yang mata penanya setajam mata hatinya,bahawa tulisannya mengatakan apabila Raja Petra kembali ke tanahair maka bermulalah PRU yang seterusnya.Editor berharap sangat segala kejahatan ala mafia hasil kerajaan UMporNo ini mendapat balasan setimpalnya dari Allah Swt.

Saman Lalulintas secara terang-terangan

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata yang pihak polis tidak lagi menyorok dibelakang tiang atau belakang pokok semata-mata untuk memerangkap pesalah-pesalah lalulintas.Arahan ini telah dikeluarkan dan berharap bahawa anggota polis dapat mempraktikkan secepat mungkin.
“Kita akan berada di tempat-tempat terpilih yang dapat dilihat pengguna jalan raya dan mengeluarkan saman secara terus jika mereka melakukan kesalahan,”kata beliau ketika mengadakan seisi dialog dengan 1000 belia India pada Majlis Sehari Bersama Kontinjen Selangor, di sini semalam.
Khalid berkata dengan pendedahan terbaru ini mendidik orang ramai supaya lebih menghormati undang-undang dan pegawai polis itu sendiri.Beliau tidak mahu orang ramai menghormati undang-undang jalanraya tatkala pihak polis ada ditempat itu sahaj, malah pihaknya mahu orang ramai lebih terdidik dengan menghormati kedaulatan undang-undang jalanraya.


Undang-undang jalanraya orang ramai kena hormati,supaya kedaulatannya terpelihara,tapi bagaimana undang-undang membunuh orang yang mempunyai bukti tentang sesuatu kezaliman yang berlaku dalam poltik Negara kita?hinggakan mati,memang mafia.Tidak mustahil 2 orang yang mati ditempat yang sama tanpa orang lain yang melalui kawasan itu tidak terjatuh dan mati?apa rakyat sekarang bodoh sangat ker?Asal nak pilihanraya maka keluarlah video seks lah,liwatlah,apa jenis kementerian yang meluluskan segala bentuk pendidikan tidak formal ini?malulah kepada Pencipta kita Allah Swt,ingatlah hukum mati dibalas mati,kena ingat tu,barulah orang takut nak buat kesalahan.Setakat undang-undang korang tak ada yang takut sebab boleh bayar kalau nak lepas.Cuba praktik hukum Allah dalam perlembagaan?ada berani?Takbir!!!

Hukum Rakaman Video Sebagai Bukti Sabit Zina

Sesubuh di kampong halaman editor rasa terpanggil untuk membaca Utusan Meloya yang sudah lama editor tak baca,dan sesubuh itu memang benarlah dakwaan sesetengah pihak yang Utusan itu memang meloyakan.Editor hamper terjeluak beberapa kali tatkala membaca akhbar tersebut dan paling meloyakan kali ini ialah artikel Astro Jabat.

Beliau mengarang artikel hukum rakaman video sebagai bukti sabit zina,dan kita semua sedia maklum siapakah yang saudara astro jabat tujukan itu,walaupun belum ternyata keesahannya,dan membuka aib orang dikhalayak ramai sedangkan tertuduh masih dikandang pertuduhan.Yang paling editor rasa terpanggil nak menulis ialah
“berdasarkan perbincangan dengan beberapa orang guru agama di Selatan Thailand yang menonton mukadimah zina dalam video seks itu, saya mendapati ada dikalangan mereka berkata, ini tidak perlu lagi kepada empat saksi.Malah ada yang berkata,ini lebih kuat daripada empat saksi, bukan dalam konteks hukum hudud yang tidak pernah dilaksana pada zaman awal Islam kecuali melalui pengakuan itu, tetapi dalam konteks hukum sains dan teknologi yang meyakinkan”(m/s 8-mingguan Malaysia 24/4/11)

Saudara Astro Jabat orangnya berpendidikan tinggi,malah lebih tinggi dari saya editor yang hina ini,tapi astro jabat jangan kerana periuk nasi sanggup menggadai maruah Islam sendiri,hukum Allah yang diturunkan untuk panduan kita semua itu adalah relevan sepanjang masa sehingga hari penentuan.Dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan  perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".


Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada  perkara berikut ,Iqrar atau pengakuan Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.Kedua Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

ulama yang diperintah (ulama suk)
Apa yang penting astro jabat setiap hukum Allah yang terkandung dalam kitabul aziz itu adalah relevan sepanjang masa,wajib diambil sepenuhnya bukan separuh-separuh,kalau kata 100 kali sebatan,jangan 20 kali sebatan campur denda RM500 contohnya,kerana setiap hukum Allah itu ada hikmah yang kita sendiri perlukan kajian,kenapa disebat orang yang berzina saudara Hassan Abdul Rahman?Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.Artikel ini memang editor tujukan khas buat Astora Jabat atau Hassan Abdul Rahman,nama sedap baik,tapi dek kerana kerakusan duniawi habis kona kot lain,bakpo gak?

Saturday, 23 April 2011

Bila Ketua Polis Negara Masuk Hospital

Berbagai-bagai 'rumors' dikeluarkan apabila Ketua Polis Negara dikejarkan ke hospital,hanya akibat keletihan. Tan Sri Ismail sepatutnya bersyukur kerana sakit yang Allah beri kepada kita itu adalah untuk mengurangkan dosa kita dan kita tak tergolong dalam kalangan Firaun kerana Firaun tidak pernah sakit hatta demam sekalipun.

Beliau dikejarkan ke hospital kerana letih selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan di Bukit Aman dan dimasukkan ke hospital Pantai. Kerja sebagai Ketua Polis Negara (KPN) tidaklah penat sangat sebenarnya jika nak dibandingkan dengan kerja sebagai anggota polis biasa yang mengejar penjahat atau menghalang ceramah pakatan silap-silap kena baling dengan kerusi.

Tapi yang penat ialah menjaga puak-puak umporno haramjadah ni sebenarnya,banyak kes yang KPN kena 'cover'. Kes Datuk 'T',kes kematian Teoh Beng Hock,kes kematian Sarbani dan macam-macam lagi kes yang menimbulkan persoalan kepada rakyat ini semua KPN kena jawab. Najib hanya duduk di belakang tabir memberi arahan itu ini tapi yang menanggung adalah KPN.

Sampai Musa Hassan sendiri pun hampir-hampir kena strok semasa memegang jawatan tersebut,semoga setelah Tan Sri Ismail keluar daripada hospital nanti beliau kena ingat yang beliau memegang jawatan itu adalah kerana rakyat. Bukan kerana menjaga sesetengah pemimpin umporno dan BN. Tiada guna lambang 'integriti'sebesar kuali pun yang dilekatkan di dada jika tidak ikhlas dengan kerja.

Kalau lambang integriti melekat di dada tapi masih ramai anggota dan pegawai polis yang 'mengutip' duit di tepi-tepi jalan,di belakang lorong sehingga ke dalam kelab atau hotel-hotel mewah lebih baik lambang itu dicampak sahaja ke longkang. KPN kena ingat bahawa rakyat memerhatikan tindak-tanduk beliau dan anggota bawahan beliau,polis mesti bekerja dengan ikhlas kerana rakyat tidak kira penyokong BN atau pembangkang adalah pembayar cukai dan dengan itu polis mesti bersikap 'neutral' dan berat sebelah.

Semoga KPN cepat sembuh dan boleh kembali bertugas dengan segera dan lebih amanah kepada tugas bukannya amanah kepada pemimpin umno dan BN sahaja.

Thursday, 21 April 2011

Beranikah Najib Bubar Parlimen?

Selepas mendakwa menang besar dalam PRN Sarawak dengan majoriti 2/3,beranikah Najib membubarkan parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum yang ke-13.

Taib Mahmud sudah senang hati kerana masih kekal sebagai Ketua Menteri walaupun masa mengangkat sumpah jawatan dengan tergesa-gesa dia terlupa pakai stokin. Tapi itu perkara kecil,yang penting bagi Taib ialah berjaya mengekalkan jawatan bermakna berjaya mengekalkan kekayaan. Dia kini boleh tidur lena di celah tetek bini Lubnan nya itu.

Najib pula masih belum boleh tidur lena,dikepit pula oleh Kak Mah yang dah tua,gemuk pulak tu. Memikirkan nasibnya dalam PRU13 nanti,apakah rakyat akan terus memberi undi kepada BN atau ramai yang akan membuat pusingan 'U' dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat.

Semasa Sarawak kalah 8 kerusi kepada pembangkang di semenanjung hilang 4 negeri,kini 16 kerusi kalah apakah 4 lagi negeri yang akan hilang. Inilah yang memeningkan kepala Najib dalam berbagai strategi dijalankan termasuk taktik kotor 'video lucah' pun rakyat masih memberi sokongan kepada PR apa pula helah yang akan dicari oleh juak-juak Najib untuk memastikan Najib terus berkuasa.

Utusan sudah memainkan jarumnya untuk merobek perpaduan kaum,mereka mengatakan kaum cina tidak berterima kasih kerana tidak mengundi BN. Apakah dengan mengundi BN maka seseorang itu merupakan rakyat yang setia kepada negara,jadi apa perlu kepada pilihanraya jika masih bersikap sedemikian. Jika berlaku peperangan aku ingat para pemimpin BN yang akan lari dahulu ke luar negara,apakah itu tanda setia?

Berbalik kepada Najib yang masih menunggu ilham bila nak bubarkan parlimen dan beliau masih mempunyai masa lebih kurang 1 tahun setengah sahaja lagi untuk berbuat demikian. Belum pernah PM yang sebelum ini membubarkan parlimen sehingga cukup masa 5 tahun. PRU13 ini merupakan medan ujian yang pertama bagi Najib selepas mewarisinya daripada Abdullah Badawi.

Najib sudah tentu menunggu laporan dari para penasihatnya tentang bilakah masa yang sesuai untuk membubarkan parlimen,bagi aku tahun ini tidak mungkin Najib 'berani'. Berdasarkan PRN Sarawak dan isu-isu yang terjadi mutakhir ini Najib memerlukan paling kurang satu tahun untuk mengadakan pilihanraya umum. Bagi Pakatan Rakyat,tidak kira samada tahun ini atau tahun depan yang penting kita sentiasa bersedia untuk mertarung habis-habisan melawan BN..takbir.

Saturday, 16 April 2011

Terkini;Taib Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak

Taib Mahmud akhirnya sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak bagi penggal yang ketujuh di Astana,kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Orang tua ni rupa-rupanya degil tak nak dengar arahan Najib,lawan tauke nampak. Sebelum ni orang tua ni berjanji nak berundur tiba-tiba angkat sumpah juga malam ni tak sempat tunggu besok. Padan muka orang yang undi BN ingatkan lepas ni boleh dapat ketua menteri baru rupa-rupanya kena tipu hidup-hidup.

Aku lagi suka jika orang tua kutuk tak sedar diri ni jadi ketua menteri lagi sebab ianya mencerahkan harapan PR dalam PRU 13 nanti.

Semalam orang tua ni tak lena tidur walaupun dikepit oleh bini lubnan malam ni bolehla orang tua ni tidur lena dicelah dotdotdot lubnannya.

BN Kekal Majoriti 2/3,Hilang 8 Kerusi


Barisan Nasional (BN) Sarawak berjaya mengekalkan majoriti 2/3 dalam Pilihanraya Negeri Sarawak tetapi hilang lagi lapan kerusi.

Walaupun BN berjaya mengekalkan majoriti 2/3 tetapi ini merupakan prestasi paling buruk buat BN,Pakatan Rakyat (PR) menang 15 kerusi iaitu DAP-13 dan PKR-3 serta calon bebas menang 1 kerusi iaitu di N54 Pelagus. PAS yang bertanding sebanyak 5 kerusi kalah kesemuanya tetapi berjaya menambah bilangan undi.

Ini merupakan satu anjakan momentum yang baik walaupun kalah tapi kebanyakan kerusi yang ditandingi PR berjaya menokok sokongan. Dengan maklumat yang diterima oleh rakyat terbatas dan waktu berkempen yang singkat jika nak dibandingkan dengan keluasan tiap-tiap kawasan pengundian menyukarkan para petugas PR untuk bertemu para pengundi berbanding BN yang menggunakan sepenuhnya agensi-agensi kerajaan untuk berkempen.

Berbeza dengan kerusi di kawasan bandar yang majoriti pengundi kaum cina PR berjaya menang dan ini memberi satu tamparan kepada Najib. Niatnya untuk membubarkan parlimen dalam waktu terdekat nampaknya terpaksa dibatalkan dan menganjak niat tersebut ke satu tarikh yang lain. Kini BN tidak lagi boleh menganggap Sarawak sebagai 'fixed deposit' mereka.

Kalau rakyat Sarawak sudah berani membuat perubahan,kenapa kita di semenanjung tidak berani? Aku percaya jika Taib Mahmud sekali lagi dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak dalam PRU13 nanti  lagi banyak kerusi parlimen di Sarawak akan berjaya dimenangi oleh PR.

Tahniah kepada para petugas PR yang tanpa mengira penat dan lelah bertugas untuk memenangkan PR,sesungguhnya menang atau kalah sudah jatuh no 2 yang penting kepuasan/kemanisan dalam perjuangan dan redha Allah yang kita cari. Yang menang tak semestinya betul dan kalah tak semestinya salah..takbir.

Friday, 15 April 2011

Ulasan Ulama' Muda UMNO Tentang Video Seks Mirip Anwar

Selama ni bukan main bloger-bloger belaan memuji ulama' muda ni,bukan main lagi pujian melangit seolah para bloger tersebut berubah menjadi alim belaka.

Kenapa bila ulasan yang tidak memihak kepada bos mereka semua para bloger upahan ini jadi senyap,apa sudah bisu ke mereka untuk tidak mengulas isu ini. Aku bukan nak puji ulama' muda ni tapi respek bila beliau bercakap yang benar bab hukum. Bukan macam sesetengah ulama' umno yang akan mencari dalil untuk mengiyakan pendapat.

Kalau macam ni nampaknya hayat beliau dalam UMNO tak akan panjang,akan ada puak-puak yang tidak puas hati dengan kenyataannya berhubung video seks yang dijaja oleh Datuk T.

Renungan untuk dikongsi bersama

Annas bin Malik ra berkata:Iblis laknatullah bertanya:Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam rumah untuk berzikir kepadaMu, tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.Allah SWT menjawab:Wahai iblis, kediamanmu ialah dalam bilik air(tandas).
Iblis laknatullah bertanya:Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat mereka berkumpul ( masjid, surau ). Dimanakah tempat bagiku berkumpul?Allah SWT menjawab:Wahai iblis, tempat berkumpulmu ialah dipasar2 ( pusat2 membeli belah, pesta2, kelab2 malam, majlis2 maksiat, dan tempat2 hiburan dsb)


Iblis laknatullah bertanya:Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam kitab untuk mereka mambaca ( alQuran ), Tunjukkanlah bahan bacaanku.Allah SWT menjawab:Wahai iblis, Bahan bacaanmu ialah syair ( sajak, lagu2 yang melalaikan daripada mengingati Allah SWT, memuja2 sesama makhluk )


Iblis laknatullah bertanya:Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam cerita2 ( yang benar )Allah SWT menjawab:Wahai iblis, Cerita bagimu adalah perkataan dusta/bohong.
Iblis laknatullah bertanya:Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam azan supaya mereka berkumpul ( bersembahyang jemaah ), Apakah azan buat ku?Allah SWT menjawab:Wahai iblis, azan untukmu ialah seruling.


Iblis laknatullah bertanya:Ya, Tuhanku, Engkau telah megutuskan kepada anak Adam para rasul2 dan nabi2. Siapakah utusan buatku?Allah SWT menjawab:Wahai iblis, Para utusan mu ialah para2 dukun( bomoh yg bukan berlandaskan Islam )
Iblis laknatullah bertanya:Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam kitab yang bertulis, apakah kitab buatku?Allah SWT menjawab:Wahai iblis, Kitabmu ialah gincu yang palsu dibadan (lukisan dibadan, tatoo, tahi lalat palsu dan lain2 )
Iblis laknatullah bertanya:Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam perangkap2, Apakah perangkap2 bagiku?Allah SWT menjawab:Wahai iblis, Perangkap bagimu adalah wanita2 ( yang tidak beriman )
Iblis laknatullah bertanya: Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam makanan, apakah makanan ku?Allah SWT menjawab:Wahai iblis, makanan mu ialah makanan yang tidak disebut namaku ( tidak baca bismillah sebelum makan )
Iblis laknatullah bertanya:Ya, Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam minuman, apakah minuman buatku?Allah SWT menjawab:Wahai iblis, minuman mu adalah minuman yang memabukkan.
Telah berkata Ibnu Mas'ud ra :Kalau seseorang itu makan tanpa membaca bismillah, maka syaitan akan makan bersamanya. Apabila dibaca bismillah, maka syaitan tidak dapat makan bersama, bahkan akan memuntahkan kembali apa2 yang telah dimakan.
Telah berkata Ibrahim Annakhaai :Kalau seseorang itu masuk kerumahnya dengan memberikan salam, syaitan akan berkata : "tiada tempat bagiiku disini"Kalau seseorang itu mendahului makan/minumnya dengan bismillah, maka syaitan pun berkata : "tiada tempat, makanan, dan minuman bagiku disini" dan keluarlah syaitan itu dengan kecewa.

Wednesday, 13 April 2011

BN Sarawak Semakin 'Kecut Teloq'

Semakin hampir kepada hari pengundian 16 April 2011 (sabtu) BN semakin 'kecut telur,' bahkan ada yang mengatakan bukan sekadar kecut tapi terperosok ke 'dalam'.

Berbagai-bagai cara digunakan untuk mengalih pandangan rakyat supaya tidak nampak sinar kebaikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Terbaru media diarah tidak lagi menyiarkan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat kerana dengan kehadiran orang ramai yang menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan akan menerbitkan satu perasaan yang kagum kepada rakyat.


Masing-masing akan tertanya-tanya apa yang ada dalam ceramah tersebut sehingga memungkinkan kehadiran yang begitu ramai. Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan UMNO iaitu Media Prima mengatakan bahawa semua rangkaian television miliknya dilarang menyiarkan ceramah Pakatan yang berjaya menarik ribuan orang.

Nampak gaya selepas Pilihanraya Negeri Sarawak berakhir nanti Taib Mahmud terpaksalah membawa bini barunya berpindah ke rumah sendiri. Sudah lama  sangat Taib menghuni rumah rasmi kediaman Ketua Menteri.

Kepada rakyat Sarawak diingatkan sekali lagi supaya membuat pilihan yang bijak dengan memilih Pakatan Rakyat dan membungkus BN ke dalam kain buruk untuk dicampakkan ke Laut Cina Selatan.

Lagu Rasmi Parti Islam se-Malaysia

UNDI POS BERMULA HARI INI (PRN SARAWAK)

Pada hari ini 13/4/2011 maka bermula undi pos dikawasan pilihanraya negeri Serawak.Maka abang-abang askar abang-abang polis dan petugas-petugas SPR mulalah membuang undi di tempat yang telah ditetapkan.Sayugia diingat kepada pengundi-pengundi pos agar betul-betul meneliti sebelum membuang undi,ikhlas dalam memangkah dan memilih calon,kerana mungkin dengan satu undi anda ianya bakal merubah sesuatu yang amat besar.Walaupun Editor pernah bertanya kepada abang-abang askar bagaimana cara mengundi pos,jawapannya amatlah mendukacitakan dan menyedihkan.Tidak perlulah Editor menulis bagaimana ianya berlaku tetapi amatlah tidak adil dan berat sebelah sama sekali.

undi jgn tak undi bang!

Sebelum ini pilihanraya diganggu oleh sistem undi pos yang terdedah kepada 1001 ruang manipulasi yang menggugat keesahan undi atau sokongan sebenar buat parti - parti yang bertanding dalam pilihanraya. Editor pernah terfikir sedang zaman telah maju dan canggih ini tidak tahu dimana rasionalnya undi pos dikekalkan melainkan sengaja dipertahankan untuk menjadi talianhayat kepada UMporNO dan BeeNd. Sebagai contoh Datuk Seri Najib pernah kalah dalam pilihanraya umum di kawasannya sendiri PRU lepas lawan dengan ustaz editor sendiri ustaz 'Ramli Ulama'[ Parlimen Pekan ] tetapi diselamatkan oleh undi pos yang begitu banyak . Bahkan ramai lagi mereka yang menang dengan undi pos sedang mereka kalah dengan undi bukan pos. Sehingga mereka mendapat jolokan Wakil Pos bukan Wakil Rakyat .
Editor amat berharap sekali agar pihak SPR lebih transparens dalam apa jua tindakan, jelaskan segala gerakkerja yang telah dilakukan. Ingatlah wahai seluruh petugas-petugas SPR dikiri dan dikanan kita ada malaikat yang mencatit segala kelakuan baik atau buruk yang kita lakukan.Marilah (pihak SPR) kita bersama-sama renungkan kehidupan yang hakiki yang kita semua akan hadapi yang telah dijanji oleh Allah swt,kehidupan didunia hanyalah sementara,berbuat baiklah dan amanahlah dalam segala urusan.Allahuakbar!!

Tuesday, 12 April 2011

Betulkah Jam Omega Itu Milik Anwar?

Siapakah pemilik sebenar jam Omega yang dihebohkan kononnya kepunyaan Anwar Ibrahim,baca selanjutnya di sini

MARI BELAJAR CARA PEMERINTAHAN MENURUT ISLAM

Pemerintahan tidak dapat dipisahkan daripada agama Islam kerana Islam bukan merupakan agama ritual atau ibadah semata-mata.Dalam Islam terkandung,Muamalah (terdiri dari aspek interaksi, transaksi, perniagaan dan sebagainya).Munakahat (perkahwinan dan sistem kekeluargaan Islam).Ibadah (meliputi aspek ritual) Jinayah (meliputi jenayah, kehakiman dan sebagainya yang berkait dengan pemerintahan Islam).
Terdapat banyak acuan pemerintahan dalam negara islam.Antara faktor wujudnya pelbagai sistem pemerintahan dalam negara islam,faktor penjajahan barat ke atas dunia islam seperti contoh Malaysia yang dipaksa menggunakan perlembagaan barat yang dikarang oleh Lord Reid untuk sistem pemerintahan demokrasi Malaysia dan yang kedua faktor sejarah iaitu daripada pemilihan secara syura kepada sistem pemerintahan monarki seperti pemerintahan Umayyah dan Abbasiah.

Antara ciri pemimpin dan negarawan Islam ialah mampu menunaikan tanggunjawab kepimpinannya dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik.Yang kedua perlu sedia mendampingi ulama jika dia tidak mempunyai ilmu pengetahuan keagamaan kerana institusi ulama merupakan rujukan penting bagi umat Islam terhadap segala permasalahan.yang ketiga pemimpin perlu mengetahui ilmu pengetahuan keduniaan kerana bila timbul isu keduniaan seperti kejadian kemarau, kebuluran atau wabak penyakit, dia perlu bertindak dengan cepat dan cekap.Keempat perlu cekap dalam menghadapi isu globalisasi yang menyebabkan pengaliran modal dengan cepat dan boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara.Yang kelima pemimpin mestilah bijaksana dalam menggerakkan jentera kerajaan perlu wujud dalam diri seseorang pemimpin.Yang keenam dan yang penting wajib ada sifat warak dan ketakwan diutamakan sebagai khalifah.Ketujuh hubungan diplomatik dengan pelbagai negara juga merupakan tuntutan dalam Islam kerana boleh mendatangakan manfaat kepada negara Islam dari segi pembangunan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi yang merupakan tuntutan semasa.Yang terakhir ialah kesempurnaan fizikal juga diperlukan oleh seorang bakal pemimpin kerana ia merupakan sumber tarikan atau karisma di samping kepetahan bercakap dalam menyampaikan mesej.
Marilah kita menilai pemimpin kita yang ada sekarang ini,adakah faktor-faktor diatas wujud dalam kepimpinan mereka seterusnya menggarapkan nilai-nilai Islam dalam diri mereka?Adakah pemimpin kita sayang malaysia kita?


Kamulah Penyamun!!!

Ini bukan video seks tapi video genre 18sx,seram,suspen,sedih,lucu,semua ada.

Taib : Saya Akan Berundur 'dalam beberapa tahun'

Semalam Najib berkata dia dah bincang dengan Taib tentang plan peralihan kuasa tiba-tiba malam tadi dalam ucapan ringkasnya dalam konsert 1Malaysia di Padang Merdeka Kuching Taib mengatakan akan berundur dalam beberapa tahun.

Ucapan tersebut disampaikan di hadapan Najib yang semalam berjanji yang Taib akan berundur,sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan Sarawak.

Nampaknya kuasa Taib lagi kuat di Sarawak berbanding Najib sehinggakan Najib tidak berani memaksa Taib melepaskan jawatan jika BN menang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak. Adakah rakyat Sarawak boleh hendak percaya lagi kepada kata-kata 'orang tua' ni? Sudah berapa lama mereka diperbodohkan oleh 'orang tua kutuk' ni takkan mahu lagi diperbodohkan.

Rakyat Sarawak bukan lagi buta dan pekak tidak melihat dan mendengar berbagai kisah penyelewengan Taib yang tak 'toyyib' ni. Wahai rakyat Sarawak..hendaklah kamu berani membuat perubahan dan jangan takut dengan ugutan puak-puak BN. Sudah berapa lama Sarawak diperintah oleh BN tapi masih lagi menjadi negeri termundur di Malaysia tiba-tiba BN melancarkan manifesto untuk menjadikan Sarawak negeri terkaya Malaysia. Selama 40 tahun memerintah BN tak mampu lagi nak kayakan Sarawak takkan nak percaya lagi kata-kata para penyamun ni.

Ayuh rakyat Sarawak,gunakan kuasa undi anda untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim dan korup. Janganlah anda semua takut untuk melakukan perubahan kerana kami semua di semenanjung bersama-sama anda untuk menjatuhkan BN.

BERHATI-HATI DENGAN IKAN PATIN TEMERLOH

Terkejut besar semalam Editor bila sedang asyik mendengar asyik Fm apabila deejaynya bercerita mengenai ikan patin Temerloh bernilai RM13000 kepada 50 orang pelanggan yang datang makan disitu.Purata jatuh seorang RM260,melebihi makan di hotel-hotel mewah sekitar Kuala Lumpur atau bandar besar.Pelanggan yang terkejut dengan sebutharga yang diberikan terpaksa berkongsi-kongsi untuk membayar harga tersebut dan rasanya itulah yang pertama dan terakhir beliau dan rakan-rakannya makan disitu.
Menurut seorang perternak ikan patin sangkar, memang harga untuk ikan patin buah dan ikan patin muncung mahal berbanding sangkar,dengan rasa yang berbeza malah lebih enak berbanding patin sangkar yang lebih hanyir dan berpasir.tambahan lagi ikan patin buah dan ikan patin muncung ini memang agak sukar untuk diperolehi kerana ianya agak licik dan aktif di malam hari.
Kesilapan pengusaha kedai makan ini juga wajar dipersoalkan,kerana tiada tanda harga untuk ikan-ikan tersebut.Ikan patin buah seekor dalam RM25,tempoyak satu bekas RM5,daun kesum, garam, asam dan bahan-bahan lain RM5,upah membeli, siang dan masak RM10.Jumlah satu pinggan baru RM45. 
Apapun semoga cerita ini menjadi iktibar buat kita semua,Jom kita masuk ke minda pengusaha kedai makan tersebut,mengapa jumlahnya terlalu mahal?ada pinggan atau mangkuk yang pecah ke?atau memang harga barang mahal ekoran harga minyak mahal?atau kena balik kepada asal jual beli didalam Islam?atau kena tukar kerajaan,barulah harga barang rendah?atau atau atauuuuuu?Wallahu a'lamu bissowab...

Monday, 11 April 2011

Wartawan TV3 memang bermulut jamban!!!

Heboh dalam media arus perdana mengatakan Anwar Ibrahim berang bila ditanya tentang jam Omega oleh seorang wartawan betina TV3 pada sidang akhbar di Kuching Sarawak.

Anwar sebenarnya bukan berang tapi tegas dan berprinsip tidak mahu melayan soalan-soalan bodoh yang ditanya oleh media pengampu. Betul kata Anwar beranikah wartawan tersebut menanya Najib tentang kes pembunuhan Al-Tantuya didalam sidang media yang diadakan oleh Najib,jawapannya tentulah tidak.

Di bawah ialah gambar wartawan TV3 'bermulut jamban' yang bertanyakan soalan tentang jam Omega,nama betina ni Nik Suryani Megat Deraman. Kalau ikutkan nama macam orang Kelantan,tapi kalau dah umporno sama jer negeri mana pun tak ada beza. Berpakaian pula saja menayangkan lurah 'tetek'.



Nasib baik Anwar baik hati masih lagi  boleh melayan soalan bodoh betina ni,kalau aku dah lama aku halau betina ni supaya keluar dari sidang akhbar tersebut.

Puak-puak BN sekarang sudah semakin takut dengan kekalahan yang akan mereka terima sebab itu mereka menggunakan apa sahaja jentera yang ada untuk meraih kembali sokongan dari rakyat Sarawak termasuk menggunakan media-media yang dikuasai mereka.


Sunday, 10 April 2011

Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."
 Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Baca dan sebarkan . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!

Sumber : Abu Muawiyyah dua.

ANTARA TIRUAN DAN ASLI

Perbezaan telur asli dan tiruan
Baru-baru ini kita digemparkan dengan Telur tiruan yang mana risiko boleh menyebabkan nyanyuk dan hilang ingatan.Patutlah sejak akhir-akhir rasa macam hilang fokus,mengenangkan umur baru awal 30an mana mungkin aku sudah nyanyuk atau hilang ingatan.Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana barang-barang tiruan ini dihasilkan,dan siapa yang menghasilnya dianggap 'genius' dalam bab peniruan makanan.


Dulu kita dikejutkan dengan santan tiruan yang mana diproses ditempat yang terang-terangan dan pembuatan santan tiruan ini tidaklah serumit telur tiruan ini,antara bahan kandungan yang terdapat dalam telur tiruan ini ialah Asid sodium alga,Gelatin,Natrium Benzoat,Lakton,karboksimetil selulosa,kalsium karbaid,Laisin,Kalsium klorida,Lilin parafin,Tepung gypsum. Dengan menggunakan bahan tersebut mengikut teknik dan alat-alat pembancuh dan terhasillah telur tiruan.Cara penjualannya juga dicampurkan dengan telur asli.Ini bermakna paling tidak hukum purata mesti terbeli juga walaupun sebiji.
Bahan-bahan utk buat telur tiruan


Antara tiruan dan asli,penjual telur tiruan sudah pun dikenakan tindakan sama juga dengan pengeluar santan tiruan,yang menjadikan aku hilang ingatan atau nyanyuk ini adalah kerana video seks yang dituduh DSAI itu adalah tiruan.Cuma ketua polis negara mengatakan ianya tulen adalah kerana tiada cut and paste,ianya memang tulen dari awal cerita hingga akhirnya.Pelakonnya sahaja bukan sebenar,jadi nanti kalau sudah dapat siapa pelakon yang sebenar,apakata tangkap ramai-ramai,kerana pengeluar telur tiruan dengan santan tiruan sudah dikenakan tindakan,tetapi pelakon tiruan masih berkeliaran dan berlenang-lenang mungkin dapat wang yang lumayan agaknya,maka kita rakyat Malaysia marilah merenung kembali Rukunnegara yang kita belajar sewaktu dibangku sekolah dahulu,iaitu antaranya 'kedaulatan Undang-undang'.
Dimanakah kekuatan undang-undang negaraku tercinta ini?kenapa orang suka tidak takut dengan undang-undang?kenapa undang-undang boleh dibeli adek kakok?kenapa?kenapa?kenapa?...(dalam nada berbisik)..kerana tidak jalankan Hudud.

Saturday, 9 April 2011

JOM KITA KE PRN SARAWAK!

Proses penamaan calon sudah pun dijalankan dan PAS meletakkan 5 calon berbanding seorang calon pada Pilihanraya 2006 lepas.Ikutkan PAS sudah mula menambat hati rakyat Sarawak di kawasan Miri,Sibu dan Bintulu,namun PAS tidak bertanding dikawasan tersebut berdasarkan jumlah pengundi mengikut kaum.PAS bertanding di N3-Tanjung Datu,N15-Muara Tuang,N20-Sadong Jaya,N22-Sebuyau dan N24-Beting Maro.
macam ayat terdesak jer ni?dah takde sokongan ker?
Harapan PAS untuk memenangi kerusi untuk kelima-lima kerusi mungkin agak mustahil tetapi untuk mendapat satu atau dua kerusi adalah tidak mustahil terutama di kerusi Beting Maro dan Sadong Jaya.

Terbuka sikit harapan PAS untuk menang tanpa bertanding, semasa penangguhan pengumuman calon Muara Tuang kerana kegagalan calon BN mengemukakan penyata pilihanraya lepas. Harapannya, PAS akan menang percuma kerana kesilapan calon BN. Pun begitu dalam hati tak yakin SPR akan beri laluan kemenangan dan ternyata benar SPR sudah diprogramkan untuk bantu BN.

Kes yang sama berlaku di Bukit Selambau Kedah semasa PRU 12, calon PKR gagal kemukakan penyata yang sama. SPR tak tunggu sehingga 1.40 petang sebaliknya tepat jam 11.00 pagi terus batalkan pencalonan calon PKR berkenaan.
Mood Rakyat Sarawak kini juga jauh berbeda berbanding 2006 dahulu, kini mereka lebih bersemangat untuk menerima perubahan,ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail
" Kalau dulu 2002, 2006 kita bergelut memperkenalkan lambang kita, kita bergelut cuba memberikan alasan dan rasional kenapa kita mesti hadir menawar diri di Sarawak tetapi kali ini kita telah melepasi tahap itu, perkenalkan parti, menerangkan dasar-dasar perjuangan parti sudahpun kita melepasi tahap itu. Saya fikir itu yang menyumbang kepada penerimaan dan kesedaran yang sekali gus membentuk 'mood' rakyat negeri Sarawak sama ada ianya komuniti Tiong Hua ataupun komuniti pribumi, Iban, Bidayuh, Orang Asal termasuk juga komuniti Melayu,"katanya.

Sikecil pun pandai nak bawak bendera apa
Ketua Parlimen DAP,Lim Kit Siang juga tidak kurang hebatnya,dalam satu ceramah di Kota Sentosa, Kuching yang menarik kehadiran kira-kira 5,000 orang, semalam.Lim Kit Siang disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!" Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. dalam satu ceramah di Kota Sentosa, Kuching yang menarik kehadiran kira-kira 5,000 orang, semalam.
Lim Kit Siang disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!" Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. 
Wadah PAS adalah peluang petugas parti sebagai da'i meluaskan medan dakwah dan salah satu cara berdakwah adalah dengan menambahkan mad'u melalui penambahan cawangan.Syabas kepada PAS Perak kerana berjaya menubuhkan banyak cawangan PAS di Muara Tuang. Tahniah juga kepada semua petugas PAS terutama petugas PAS Perak yang sanggup datang berkempen mengorbankan masa, tenaga dan belanja. Anda hebat sebab tak ramai yang berkemampuan seperti anda.TAKBIR!!!Allahuakbar!!

NAJIB TIDAK SERIUS DALAM KES SARBANI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak meyangkal dakwaan ahli Pakatan Rakyat dengan mengeluarkan kenyataan kematian Teoh Beng Hock dengan Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani tiada wujud persamaan.Rabu lalu, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu.Beliau merupakan saksi bagi kes penyelewengan dalam Kastam. Di mana baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan penyelewengan Kastam bernilai 108 billion. Satu jumlah wang rakyat yang begitu banyak. Jika wang itu diperuntukkan untuk subsidi atau pembangunan secara adil, tentu keseluruhan rakyat dapat menikmati.


"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa,” kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.


Kenyataan Najib itu memperlihatkan kepada masyarakat bijak pandai bahawa kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang tertentu dan menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam menyelesaikan satu-satu kes yang melibatkan kematian,khususnya kes Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani ketika masih dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


“Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan untuk mensyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Makin hari makin menjadi-jadi kes kematian samada disengajakan atau dirancang yang tentunya adalah ketentuan Ilahi dan hikmah disebalik sesuatu perkara,tunggu dan lihat apa pulak lepas ni?

Friday, 8 April 2011

PAKATAN LANCAR MANIFESTO

Hari ini Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya untuk Pilihanraya Negeri Sarawak dengan menjanjikan beberapa habuan. Berbanding dengan BN yang melancarkan manifestonya semalam yang kelihatan hambar tanpa perincian masa depan,manifesto Pakatan Rakyat lebih mengutamakan rakyat.

Semalam BN dalam manifestonya berikrar untuk menjadikan Sarawak negeri terkaya di Malaysia,eh dah 30 tahun tok uban memerintah Sarawak takkan baru ni berikrar nak jadikan Sarawak negeri 'terkaya' atau dirinya yang 'terkaya'?

Sudahlah memperbodohkan rakyat Sarawak dan sampai bila rakyat Sarawak sendiri sanggup diri mereka diperbodohkan oleh BN.

Berikut antara intipati manifesto Pakatan Rakyat yang bertunjangkan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat,Ketuanan Rakyat'.

  • Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa,cekap,akauntabiliti,telus atau CAT dengan mengagih hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan rasuah dan nepotisme yang diamalkan BN Sarawak sebelum ini.
  • Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskinan sebanyak RM1 bilion untuk menangani rakyat di bawah paras kemiskinan.
  • Menjamin hubungan antara perseketuan dengan dengan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 kepada 20 peratus.
  • Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
  • Merpertahankan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada rakyat Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telah diamalkan di P.Pinang,Selangor,Kedah dan Kelantan.
  • Membela hak wanita dengan keserataan jantina disamping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumahtangga dan lain-lain.
  • Melabur untuk masa depan dalam modal insan,infranstruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WIFI) dalam masa 2 tahun
Semoga rakyat Sarawak dapat memilih dengan bijak dan jangan takut membuat perubahan kerana bukan hanya BN saja yang pandai memerintah. Pakatan Rakyat bukan sahaja pandai tetapi cekap,telus dan lebih amanah dalam mentadbir negeri khususnya dan negara amnya.

HIMPUNAN AMAN SELAMATKAN MALAYSIA (siri 2)

Bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation Ltd kini semakin meningkat selepas Kerajaan Negeri Pahang mengadakan taklimat awam berkenaan projek itu di Komplek Dagangan Indera Mahkota dan Duta Village dekat Beserah baru-baru ini. Petang tadi, rakyat terus bangkit menyatakan bantahan dan tidak mahu kewujudan kilang tersebut di negeri. Himpunan Membantah Lynas dan Selamatkan Malaysia siri kedua telah diadakan di perkarangan Masjid Balok Makmur selepas solat Jumaat hari ini. Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang diketuai oleh Ustaz Suhaimi Md Saad,itu telah menarik perhatian para jemaah masjid berkenaan.
“Himpunan ini bertujuan membantah kilang Rare Earth (sejenis bahan radio aktif) Kilang Australia ini nak buka di Gebeng. Tanah nadir yg mengandungi bahan tu dibawa dari Australia, dibersihkan di Malaysia,untung Australia bawa balik,sisa tinggal di Malaysia dan kerajaan Malaysia mesti mengambil tanggung jawab melupuskan sisa itu.”kata Ustaz Suhaimi Md Saad.
Ini kerana, kawasan berkenaan adalah antara lokasi yang paling hampir dengan projek berbahaya itu nanti. Malah, turut kelihatan ialah beberapa pekerja Lynas Malaysia Sdn Bhd yang bersolat Jumaat di situ. Seperti biasa ucapan panas telah dibuat oleh Ustaz Suhaimi, YB Syed Mohammad Syed Lonik (ADUN Beserah),Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan SaudaraAndansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) turut menyampaikan ucapan agar rakyat membantah projek itu dari diteruskan pembinaannya.