Thursday, 31 March 2011

Tiada Tangkapan Berhubung Video Seks - Hishamuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menafikan ada tangkapan berhubung video seks seperti yang dilaporkan oleh beberapa media minggu lalu.

"Tiada dalam pengetahuan saya" katanya dalam sidang media di bilik mesyuarat bangunan parlimen. Kelakar ada aneh pun ada bila kes-kes yang melibatkan orang kenamaan ini seperti acuh tak acuh sahaja tindakan oleh pihak polis. Tetapi dalam kes video seks Presiden MCA cepat pula tangkapan dibuat terhadap orang yang menyiar dan menyimpan video lucah tersebut.

Nampak sangat dalam kes ini keterlibatan "orang atas" kerana timbul kenyataan-kenyataan aneh oleh Ketua Polis Negara sendiri seolah-olah mereka yang menayangkan video lucah tidak boleh ditangkap. Apakah akta tersebut sudah 'ghaib' daripada buku undang-undang? Sedangkan orang yang terlibat menayangkan video tersebut sudah mengaku. Sepatutnya keadilan itu bukan setakat adil tapi mesti kelihatan adil.

Inilah bahananya jika kita meninggalkan syariat Allah,ada orang yang beranggapan syariat Allah itu hanya berkisar tentang solat,puasa,zakat dan haji sahaja walhal ianya merangkumi semua ruang lingkup manusia yang mengaku muslim. Dalam Islam kita diajar tentang segala-galanya dari bab bersuci sampai kepada bab solat,jimak,perniagaan sehinggalah kepada bab politik,jenayah dan sebagainya. Bagi puak-puak umno semua itu dipandang sebelah mata sehingga ada yang sanggup mempermainkan hukum hudud.

Berbalik kepada persoalan di atas jika hudud diamalkan di Malaysia adakah berani orang yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" menabur fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Selepas ini kepada penjual-penjual DVD/CD lucah anda janganlah takut kerana anda hanya menjual sedangkan orang yang membuat tayangan pun tidak boleh ditangkap..hampehlaa polis.

PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA PERLU LEBIH PENDEDAHAN

Pemergian Safee sali ke Indonesia untuk bermain dengan Kelab Pelita Jaya sewajarnya dicontohi oleh pemain-pemain Malaysia yang lain.Ini terbukti dengan perpindahan itu Safee dianggap sebagai wira Kelab Pelita Jaya bermain sebanyak 4 perlawanan dan menghasilkan 2 gol untuk melonjakkan Kelab ke tangga yang lebih tertinggi.


Gol pertama Safee Sali untuk Pelita Jaya muncul pada aksi sulung beliau di ISL(Indonesian Super League). Menentang pasukan Sriwijaya FC  dan selepas sejam perlawanan, Safee sali muncul wira menjaringkan gol pertama buat Pelita Jaya. Gol beliau tersebut kekal sehingga wisel penamat. Beliau juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Debut yang memang diimpikan setiap pemain bola sepak.Dalam perlawanan tersebut Safee Sali memakai jersi bernombor 55, yang memberi maksud Safee Sali (kan macam huruf SS je tu) dan nombor 10 (5+5=10), nombor jersi keramat apabila mewakili Malaysia. 


Pihak Kementerian Belia dan Sukan sepatutnya lebih positif dalam menilai kemampuan pemain-pemain bolasepak kita dengan memberikan lebih pendedahan kepada pemain,sebagai contoh menghantar bermain dengan kelab diluar Malaysia.Pengalaman-pengalaman seperti inilah yang akan membangunkan potensi pasukan kebangsaan kita sendiri.Jangan dok sibuk ke benda lain jer,sampai berbuih tepi bibir!!marah ni marah...

MASYARAKAT KELIRU DENGAN KAD KREDIT

kira punya kira gaji jadi negative
Bank Negara memperkenalkan beberapa syarat kelayakan baru bagi mendapatkan kad kredit, ekoran hutang kad kredit yang semakin meningkat. Antara syarat baru yang diperkenalkan adalah kelayakan pendapatan minimum.

Sebelum ini, pemohon kad kredit perlu mempunyai pendapatan minimum RM18,000 setahun. Dengan pengenalan syarat baru ini, pemohon kad kredit perlu mempunyai pendapatan minimum RM24,000 setahun sebelum permohonan kad kredit mereka dapat diluluskan.Selain itu. bagi pemohon atau pemegang kad kredit yang memperoleh pendapatan RM36,000 setahun ataupun kurang, mereka hanya dibenarkan memiliki kad kredit daripada maksimum dua pengeluar kad sahaja.

Namun begitu, pada masa yang sama, pihak Bank Negara juga perlu mengambil perhatian akan taktik pemasaran kad kredit yang mengelirukan pengguna. Antara taktik dimaksudkan adalah sesetengah bank akan menghantar surat promosi kepada pemegang kad kredit.
Antara yang dilampirkan bersama surat itu adalah sekeping cek. Bagi pengguna yang tidak sedar, mereka akan menyangka bahawa cek itu adalah hadiah ataupun ganjaran daripada bank, barangkali kerana menggunakan perkhidmatan kad kredit bank itu.

Hakikat yang sebenarnya adalah cek itu merupakan cash advance, dan bukannya hadiah daripada bank.Apabila pengguna kad kredit mendepositkan cek itu ke dalam akaun mereka atas sangkaan bahawa ia adalah hadiah yang tidak memerlukan apa-apa bayaran balik, mereka seterusnya pasti terkejut jika dikenakan kadar faedah kad kredit yang sememangnya tinggi. 

Kita tidak mahu berlaku situasi yang mana pengguna kad kredit secara tidak sedar meminjam wang dari bank berkenaan melalui kemudahan cash advance yang tidak pernah pun mereka pohon.
Bank Negara perlu bertindak tegas supaya tiada institusi kewangan, sama ada bank, syarikat insurans dan lain-lain lagi yang menggunakan taktik pemasaran yang mengelirukan pengguna. Dalam contoh di atas, pemegang kad kredit berkenaan tidak pernah pun memohon bagi diberikan cash advance.

Poco-Poco - Haram Atau Harus?

Baru-baru ini Jawatankuasa Negeri Perak mengeluarkan fatwa mengatakan tarian poco-poco haram kerana mengandungi unsur-unsur hindu. Hari ini bekas mufti Perlis menyatakan tarian tersebut adalah harus.

Beliau berhujah semua urusan harian manusia termasuk tarian adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya. Menurutnya lagi jika terdapat unsur yang tidak baik,perkara tersebut hendaklah ditapis bukan dengan cara mengharamkannya terus.

Sebenarnya lebih banyak perkara haram yang nyata kenapa tidak mengharamkannya seperti judi, tarian poco-poco ini sebenarnya jika dilakukan dengan cara yang betul dan di tempat yang betul tidaklah menjadi salah di sisi syarak.

Yang menjadi kesalahan ialah jika ianya dilakukan di tempat awam dengan berpakaian menjolok mata,kalau suami isteri nak berpoco-poco di dalam bilik sebelum ehem-ehem takkan itu pun menjadi perkara yang haram..

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ATAU UNTUK SIAPA?

Pihak Polis Diraja Malaysia ditubuhkan untuk melindungi dan menjaga ketenteraman awam.Kita berbangga punya satu jabatan yang dapat melindungi kita semua.
Akhir-akhir ini Polis Diraja Malaysia memberikan kemudahan kepada pesalah-pesalah trafik dengan memberikan diskaun atau offer untuk membayar saman yang tertunggak.Persoalanannya ada ker istilah 'saman tertunggak'.Saman yang dikenakan hendaklah dijelaskan dan seandainya gagal berbuat demikian waran tangkap mestilah dikeluarkan dan dimasukkan ke lokap untuk tempoh yang tertentu.
Rata-rata orang ramai yang mempunyai saman tertunggak dan tidak mampu menjelaskan saman tersebut berkata  rela dimasukkan ke lokap dari bayar saman.Fikirkanlah kalau ramai yang ke lokap maka kenalah keluar peruntukan untuk membesarkan lokap,makanan tambahan dan sebagainya.
soalannya kenapa ada lanjutan tempoh pembayaran saman diskaun?kenapa perlu diskaun?kenapa mesti rakyat?kenapa tidak pihak-pihak yang bertanding Pilihanraya yang keluarkan duit sendiri??kenapaaaaa????kenaaapaaaa???????

Melayu gagal amal Islam punca perbalahan


SHAH ALAM – Sikap masyarakat Melayu gagal amalkan Islam punca perbalahan kalangan kaum majoriti negara ini masih berlanjutan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kedatangan Islam ke Tanah Melayu (Malaysia) lebih 500 tahun lalu masih gagal dikuasai Melayu beragama Islam sepenuhnya.Kita sebagai masyarakat Melayu menolak (tidak mengamalkan) Islam, (sebaliknya mengambil pendirian) nasionalisme sebagai keutamaan, sedangkan bumi yang dipijak adalah ciptaan Allah SWT.

“Sekarang ini bukan masalah Melayu dengan Cina, tetapi Melayu dengan Melayu,” katanya ketika sesi lawatan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di Plaza Masalam semalam.Beliau berkata, sikap perkauman perlu dikekang sebelum menjadi barah kalangan masyarakat.Malaysia ada pelbagai bangsa, tetapi tiada titik pertemuan (yang dapat menyatukan masyarakat dalam negara ini).

“Kenapa orang Melayu sebut ketuanan Melayu dan bukan ketuanan Islam. Orang Cina mana ada sebut hidup Melayu. UMNO punya ‘bodoh’ sebut ketuanan Melayu, sudahlah orang Melayu tak ada untung, duit, moral dengan (pendedahan) video seksnya. Mana ada Cina nak hormat Melayu dengan video seks itu,” katanya.

Wednesday, 30 March 2011

Dr Asri - Mufti wajar nyata pendirian

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan para mufti wajar menyatakan pendirian dalam isu 'politik selak kain'. Katanya lagi "kita kena bezakan,apabila bercakap,jangan main selak kain. Kita tidak cakap video itu betul atau salah,kita bercakap mengenai politik idea untuk membela rakyat". Minggu lalu beliau menulis dalam blognya bahawa para politikus hendaklah menghentikan mengaibkan peribadi musuh dalam perkara yang tidak membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

Mana ada mufti yang berani menegur pemimpin secara berdepan demi untuk menjaga punggung masing-masing daripada tersingkir dari kerusi empuk yg sudah diduduki sekian lama. Di dalam tulisannya itu Dr Asri mengatakan bahawa rakyat mesti mengadakan demonstrasi untuk menentang politik 'selak kain' tak kira dari parti mana sekalipun.

Eh,ada ke puak-puak umno atau pekasam yang berani berdemo semacam itu???

Bermulanya sebuah cerita